Jom Lepak

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu yer. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa tajuk post kali nie pelik. Adakah saya nak ajak masyarakat berbudaya negatif? Bukan begitu. Jangan salah sangka. Saya cuma nak komen pasal budaya lepak nie. Berbual kosong atau menenggek di shopping mall sambil mengganggu anak dara orang lalu lalang memang tak baik sesangat la jika itu yang dijadikan agenda lepak anda. Saya juga suka melepak tapi bukan untuk jadi kacang hantu dan lepak tanpa faedah. Jadikanlah lepak anda tu lebih positif. Suatu ketika dulu semasa aktif dalam dunia MLM saya kerap lepak dengan kawan-kawan bisnes dan para prospek hingga lewat pagi. Bagi saya lepak seperti itu mendapat faedah kerana saya dapat belajar ilmu-ilmu bisnes dari kawan-kawan serta dapat income untuk sara hidup. Tu la jangan salah anggap pada budaya lepak nie. Ada kebaikkan jika tujuan tu baik. Masa kini ada juga mereka yang lepak di kedai-kedai makan yang ada wifi sambil online tengok graf turun naik kat laptop, yang tu pun lepak positif juga. Buat income dengan forex. Memang banyak orang suka lepak, maklum la boleh hilangkan stress dan boring. Tapi janganlah lepak bagi orang lain stress, mana tidaknya ada yang lepak di bahu-bahu jalan sampai ganggu lalu lintas dan ada yang menyakat anak dara orang kat shopping mall. Apa yang nak disampaikan saya adalah upgrade la budaya anda bagi boleh jadi sumber income, lepak tu lepak juga jangan abai keluarga dan jangan lupa solat. Renung-renungkan, selamat beramal.
Tengah lepak sambil geledah blog. ;)

Comments

Popular Posts