Blog For Life

Assalamualaikum semua...


Pagi nie kat ofis sunyi sikit sebab ramai yang ke kursus. Siap kerja terus tengok blog. Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ni zumal rasa macam tak dapat dipisahkan dengan internet. Suatu masa dulu zumal ada juga blog tapi dah tak aktif, tahun lepas la yang membuka niat untuk berblog lagi. Zumal terus bangunkan blog baru nie. Tapi pada awalnya kurang aktif sikit cuma sejak 2 bulan nie je yang zumal lebih pro aktif. Yela, maybe pasal tekanan yang zumal kongsikan sebelum nie. Mood kerja dah hilang. Lagi pun zumal dengar citer yang servis zumal secara sambilan nie dah tak sambung. Bukan kerana masalah disiplin tapi atas sebab perkhidmatan pekerja sambilan harian macam zumal tidak lagi diteruskan pada tahun hadapan untuk semua jabatan. Lepas nie fulltime kat blog la jawabnya. Sehingga sekarang zumal masih belum membuat income dengan blog, cuma selepas ni nak belajar dengan taiko-taiko blogger camne nak buat income dengan blog. Sebab tu la zumal guna title Blog For Life nie. Nak cari makan guna blog. Insha Allah. Apa pun kepada rakan-rakan blogger thanks for your support yer. 

Ok la, sekian sahaja zumal berceloteh. Susah kalau dah kering modal jejari nak menari di keyboard nie lagi. Salam Blogger. Blog For Life.

Wassalam...

#Blog4Life

Comments

Post a Comment

Popular Posts