Majlis Perasmian Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup

Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup

Sebelum Majlis Bermula
Assalamualaikum, sekitar pukul 9.00 pagi tadi zumal bersama pegawai-pegawai JKM menghadiri Majlis Perasmian Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Perlis. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh Tuanku Raja Perlis bersama Sultan Selangor. Mengikut ucapan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), pihaknya telah menyumbang RM10 juta kepada negeri Perlis, Kedah dan Kelantan bagi membantu asnaf di ketiga-tiga negeri tersebut. Hasil sumbangan itulah diwujudkan Taman Desa Asnaf ini. Taman Desa Asnaf ini menyediakan rumah berkembar 1 tingkat yang mempunyai 3 bilik untuk kediaman 35 keluarga asnaf Negeri Perlis. Mereka juga disediakan pekerjaan dalam bidang agro pelancongan, di mana taman ini dilengkapi kolam ternakan ikan serta kilang. Istimewanya kat Taman Desa Asnaf ini, nama lorong-lorong diambil berdasarkan nama tempat/daerah/bandar di Selangor iaitu Klang, Shah Alam, Puncak Alam, Jugra dan Petaling Jaya. Alhamdulillah moga dengan wujudnya Taman Desa Asnaf ini dapat mengubah taraf hidup para asnaf yang terlibat.

# majlis ni terlalu formal dan ada etika yang perlu diikut jadi tak banyak gambar dapat diambil untuk zumal kongsikan bersama


Comments

  1. shafiq dtg berkunjung sini..salam usahawan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts