Playboy Itu Suami Aku

Slot Akasia TV3 kini memaparkan drama adaptasi daripada novel Playboy Itu Suami Aku yang mengisahkan Afina yang ditakdirkan menghidap amnesia selepas satu kemalangan, dan sedar saja, dia dapat tahu dia telah berkahwin dan suaminya bukan orang sebarangan melainkan lelaki yang terkenal sebagai playboy tersohor dengan gelaran King, iaitu Adrian. Kalau boleh Afina memang sama sekali takkan terima kenyataan itu, apatah lagi perbezaan sangat ketara antara mereka. Walaupun masih tidak ingat apa-apa, Afina akur untuk tinggal bersama suaminya walaupun mereka tidur dalam bilik yang berlainan. Yalah, Adrian pun bukannya rela dengan perkahwinan itu. Rupa-rupanya ada kisah disebalik perkahwinan mereka.

Afina yang mula mengubah penampilan, membuatkan Adrian mula melihatnya sebagai seorang yang berbeza. Tanpa sedar Adrian mula jatuh hati dengan isteri sendiri. Tapi, kehadiran adik kembar Afina, Fisya yang penuh muslihat benar-benar menguji hubungan mereka. Apatah lagi sedari dulu Fisya memang tidak pernah berbaik dengan Afina. Dan mampukah Afina dan Adrian mempertahankan hubungan mereka yang baru mekar?

Sebenarnya ada sebab Adrian menjadi Playboy. Dan ada sebab juga mengapa Afina sanggup terima lelaki playboy ini menjadi suaminya walaupun tiada perasaan cinta antara mereka pada mulanya. Mari dapatkan novel terbaik, satu lagi hasil tulisan dari Suri Ryana, yang sedang ditayangkan dalam drama di tv3.



"Aku sudah tidak percayakan cinta. Sehinggakan aku membenci wanita.
Lalu, aku terus patahkan hati seorang demi seorang. 
Aku puas begitu. Sehinggalah aku sedar yang 
aku sudah jatuh cinta untuk kali kedua.." King Adrian 
# Sinopsis ini diambil dari blog Lulu Caldina

Comments

Post a Comment

Popular Posts