Ryujin Juwara Made In Malaysia

Mungkin anda dah biasa dengan siri adiwira Jepun seperti Flashman, Maskman, Ultraman, Gaban, Masked Rider, Power Rangers, Shinkenger dan Ryujin Mabuyer kan? Kini siri popular di Okinawa, Jepun sejak tahun 2008 yang dikenali sebagai Ryujin Mabuyer bakal disiarkan menerusi penjenamaan Bananana! dengan versi Melayu, 'Ryujin Juwara' bermula 17 Januari 2014 setiap Jumaat jam 7.30 malam di TV3.

Ryujin Juwara, drama adiwira Malaysia pertama merupakan hasil kerjasama antara Double Vision Sdn Bhd (Malaysia) bersama-sama Yomiuri-TV Enterprise Ltd (Japan) dan Mabui Stone Corporation (Japan). Drama bersiri 26 episod ini telah menjalani penggambaran di Okinawa, Lembah Klang dan Janda Baik. Watak utama dibintangi oleh Iedil Putra sebagai Andil dan Ryujin Juwara yang bangkit sebagai adiwira untuk mempertahankan batu Mabui yang menjadi simbolik kesejahteraan Kampung Batik. Kalau takde batu tu semua warna-warni batik akan hilang dan jadi suram. Dahsyat tak kuasa batu tu?

Sedikit sinopsisnya, Ryujin Juwara mengisahkan tentang Andil (Iedil Putra), seorang pemuda kampung yang merupakan anak didik Tok Mantin (Fathil Dhani) yang mengusahakan perniagaan batik. Andil pula seorang tukang batik yang berbakat besar dalam melukis batik. Andil rapat dengan Maya (Faralyna Idris), anak perempuan kepada Tok Mantin. Selepas kehadiran seorang jurufoto dari Kuala Lumpur iaitu Shafiq (Ali Alasri). Andil mula berasa cemburu apabila melihat Maya turut berkawan baik dengan Shafiq. 

Suatu hari Kampung Batik menjadi riuh rendah apabila batu Mabui yang diwarisi secara turun temurun dan merupakan simbolik kesejahteraan hidup kampung telah dirampas oleh tentera Majimun. Aki Manang (Zaki Zabidi) seorang pendeta dari Gunung Kayangan telah menghantar pari-pari bunga raya, Hibi (Siti Aziz) telah dikerah mencari Andil yang telah terpilih  untuk menerima kuasa adiwira untuk menyelamatkan negara. 

Andil bertukar menjadi Ryujin Juwara, seorang adiwira yang perlu menyelamatkan kampungnya. Ryujin Juwara perlu bergabung tenaga dengan Shafiq sebagai Ryujin Gelora. Bersama kita ikuti kisah pengembaraan luar biasa ini bermula 17 Januari 2014, setiap Jumaat jam 7.30 malam di TV3. 


Menarik Di Sini...

Comments

  1. err, macam entah apa2 jer plot. nampk sgt nk kaitankan dgn budaya kita

    custome tu kedut2 siap~ lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun perasan gak kedutan yang ketara kat mata bos Majimun tu. Takpe la percubaan pertama.
      #Kalau zumal, teringin nak wujudkan siri seperti ni tapi biarlah berlawan dengan penyangak or orang jahat yang betul2 orang bukannya makhluk seperti dalam siri ini. Barulah nampak lebih realistik kan. Just idea :)

      Delete
  2. Hero pakai selipar jepun...x smart langsung

    ReplyDelete
  3. alaa skrg nadyya xlayan sgt tv.. hero2 nii lg la xlayan.. hehe

    tp masa kecik sangat obses power rangers n kamen rider.. kehkeh

    ReplyDelete
  4. sy suka iedil putra. hehe. tapi tak berapa nak tgk sbb custom utk yg pempuan mcm kesian tgk. hehe

    ReplyDelete
  5. Lama tak tengok cite camni.. dulu sebelum masuk sekolah menengah punyalah banyak masa, semua cite pun layan xD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts