Nasihat Menteri Kepada Pengguna Media Sosial


 Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Nyatakan kebenaran dan mesti berani menyuarakan apa jua kesilapan, namun perlu sedia menawarkan penyelesaian terbaik terhadap isu-isu terbabit, demikian nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pengguna media sosial. Beliau berkata masyarakat Malaysia telah melepasi generasi yang menerima isu berasaskan nilai lahiriah seperti pada tahun-tahun berlalu. Hari ini, seluruh corak dan anjakan minda rakyat diarahkan kepada mewujudkan usaha kolaboratif bagi menyelesai isu. "Saya harap aliran sihat sentiasa berhubungan ini akan kekal dan rakyat boleh menulis blog dengan bebas dan tahu apa yang harus dilahirkan pada tempat dan ketika yang betul," ujar beliau. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berucap di Majlis Jamuan Anugerah Blogger dan Media Sosial Dunia 2014 di sini malam tadi. Majlis itu bersempena sambutan Minggu Media Sosial Malaysia 2014 dari 23 Februari hingga hari ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga menyampaikan anugerah blogger dan media sosial dunia di majlis itu. Perbadanan Putrajaya memenangi Anugerah Penglibatan Kesejahteraan Bandar sementara Kementerian Kesihatan anugerah Penglibatan Komuniti Terbaik. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes memenangi anugerah Selebriti Media Sosial 2014.  - Sumber

Comments

  1. harap kita tak terlkeluar dari landasannya ye

    ReplyDelete
  2. Setuju, biarlah kita menjadi blogger yang berwibawa dan dihormati yang mana setiap soalan dan kenyataan yang dianjurkan pastilah ada timbal baliknya iaini solusi penyelesaian.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, kita kena jadi blogger yang bertanggungjawab

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts