5 Landasan Dalam Simulator Disiasat

5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT
Sumber: Berita Harian

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, hari ni zumal terbaca dalam Berita Harian tentang perisian landasan yang ada di dalam simulator yang telah dirampas dari rumah Kapten Zaharie. Spekulasi sebelum ini telah melibatkan Kapten Zaharie sebagai suspek disebabkan wujudnya simulator berkenaan. Dan selepas ini terdedah maklumat perisian yang digunakan dalam simulator tersebut pasti akan lebih mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie dalam kehilangan MH370.

Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.” Sumber
Walaubagaimanapun diharapkan segala spekulasi dihentikan sehingga pihak berkuasa mengesahkannya. Moga kita semua terus mendoakan keselamatan mereka yang berada dalam MH370 ini. #prayforMH370

Comments

  1. Semoga Allah turunkan pertolongan sepenuhnya.. membuka hijab & melenyapkan segala kebatilan... aamiin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts