Ada Hikmah

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.
Hari ini zumal tak kerja sebab kurang sihat. Sejak semalam sakit perut. Adus. Kurang la gajiku. Haha. Tadi semasa zumal berehat. Tetiba tok datang beritahu ada ular dalam bilik air. Terkezut zumal. Dah lama dia tak mai tetiba mai pulak hari nie. Mujur la zumal tak kerja, kalau kerja apalah nasib tok kat rumah. Ular tedung selar pulak tu. Eee ngeri siot.

 Mulanya nak pukul tapi tengok pada saiznya jadi zumal tak berani nak teruskan niat murni tu. Lepas tu terus call kecemasan. Dan kemudian disambungkan kepada JPAM. Selepas beberapa minit 3 orang pegawai JPAM datang memberi bantuan. Lama juga mereka menanti ular tu keluar. Takut JPAM rupanya. Hehe. Lepas dorang spray ridsect ular tu menunjukkan wajah ensemnya dari lubang toilet. Bagus la ko timbul nanti tak pasal2 dorang cakap zumal buat laporan palsu. Walaupun tunjuk muka tapi tak sempat tangkap dia selam pula dalam lubang toilet dan terus menghilangkan diri. Pasti perkara ini menghampakan mereka. Dorang pun pulang setelah 15 minit menanti.

Abg JPAM bersiap sedia

Bukan menang wajahku dapat review camni

Special thanks to JPAM

#special thanks to Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis...

Comments

  1. bahayanya zumal..kna hati2,,huhu

    ReplyDelete
  2. taakutnye!ayie mmg takut + geli dengan makhluk ni. makin bertambah takut la ayie nak tut tut lepas ni =/

    ReplyDelete
  3. Saya mmg takut dgn ular.. alhamdulillah, semuanya selamat ye Zumal...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts