Australia Temui Objek Ada Kaitan MH370
![]() |
Imej Satelit Australia |
![]() |
Tony Abbot |
![]() |
Pesawat P-3 Orion |
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah adakan sidang media pagi tadi menyatakan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menjumpai dua objek yang mungkin berkait dapat dengan pesawat MH370 iaitu kira-kira 2500km dari barat daya Perth di Lautan Hindi. Salah satu objek itu berukuran 24 meter panjang.
Datuk Seri Hishamuddin mengakui bahawa Perdana Menteri telah menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbot bagi memaklumkan perkara tersebut.
Bagaimanapun pegawai Australia masih belum menentukan sama ada objek-objek itu memang ada kaitan atau tidak.
Menurut laporan AFP, Pesawat P-3 Orion milik Australia telah di hantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan.
Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diikuti dalam laporan dan sidang media dari semasa ke semasa di RTM.
betul ke ni..sahih ke ni...harap adalah berita gembira tentang pesawat Mh370 tu..
ReplyDeleteLaporan berkaitan pukul 3.00pm di TV1 RTM
ReplyDeleteIni tanda yang baik ni
ReplyDeleteMoga begitulah :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Zumal...semoga dipermudahkan segala usaha mencari pesawat Mas MH370..
ReplyDeleteIn shaa Allah... semoga dipermudahkan segala usaha semuanya... aamiin..
ReplyDelete