Kini Khidmat Ahli Psikik Pula Digunakan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Kejap tadi zumal terbaca dalam Sinar Harian Online yang menyatakan bahawa khidmat ahli psikik pula digunakan untuk mengesan pesawat MH370.
Uri Geller yang terkenal dengan aksi membengkokkan sudu tanpa menggunakan tenaga fizikal dakwa dia diminta oleh pihak berpengaruh untuk membantu mengesan MH370 dengan menggunakan kaedah 'penglihatan jarak jauh' bagi mengenal pasti kedudukan sebenar pesawat MH370 itu.
"CIA percaya kaedah sebegini boleh membantu pihaknya untuk menyelesaikan kes-kes yang rumit," katanya dipetik The Mirror di kediamannya di Sonning, Berkshire.
#PrayForMH370 bagi kita yang Islam teruskanlah berdoa dan Solat Hajat agar dipermudahkan usaha pencarian MH370

Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala usaha pencariannya... aamiin..

    ReplyDelete
  2. macam2 la.. zizie dh jd pening dah.. kita berdoalah semoga perkara sebenar dapat diketahui dengan segara.. Amin...

    ReplyDelete
  3. macam lebih kurang je dengan bomoh kita.. hehehe
    wallahu a'lam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts