Laman Web Nato Digodam

BEBERAPA laman web Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) digodam semalam namun ia tidak memberi kesan kepada sistemnya, lapor CNN.
Menurut jurucakapnya, Oana Lungescu, laman web Ukraine mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Laman web itu lumpuh untuk beberapa jam daripada serangan dikenali sebagai 'penafian perkhidmatan'.
CNN gagal mengakses sekurang-kurangnya tiga laman web selepas sejam kenyataan Nato dikeluarkan.
Nato juga tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab dalam serangan itu.
Namun, sebuah laman web Ukraine yang dimiliki kumpulan digelar Cyber Berkut mengaku bertanggungjawab.
"Kami Cyber Berkut mengumumkan hari ini pada jam 6 petang, kami memulakan serangan siber kepada sumber Nato.
"Kami tidak membenarkan kewujudan pekerjaan Nato di kawasan tanah air kami kerana ia bertentangan dengan campur tangan Ukraine," dakwa laman web itu dalam satu kenyataan.
Serangan itu dibuat sehari sebelum pengundian kontroversi pada pemisahan Crimea dari Ukraine.
Cyber Berkut merujuk kepada polis merusuh yang dikenali sebagai Berkut yang digunakan oleh bekas Presiden Ukraine Viktor Yanukovych.
p/s: laman NATO pun boleh digodam inikan kita...

Comments

  1. Biler manusia TERLAMPAU pandai dan TERLAMPAU taksub camni la ..semua nak digodam olehnyerr..Takder kerja lain ke nak buat ??

    ReplyDelete
  2. Betul tu, zumal pun pernah jadi mangsa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts