MH370 : Satelit China Kesan Objek Terapung

Satelit Gaofen-1 

Imej Satelit China

Imej Satelit China

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia semua. Selepas beberapa hari satelit Australia menemui dua objek di Lautan Hindi, pada hari ini satelit China Gaofen-1 turut mengesan objek terapung di koridor selatan. Saiz objek itu kira-kira 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

China telah mengarahkan kapal pemecah aisnya ke kawasan terbabit bagi mengesan objek berkenaan.

Objek terbaru itu dikesan 18 Mac kira-kira 120 km dari kedudukan dua objek yang dikesan oleh satelit Australia pada 16 Mac lalu.

Namun begitu, objek-objek berkenaan masih belum ditemui. Semoga usaha pencarian ini bakal mendatangkan hasil dan dapat menjawab segala spekulasi berkaitan. Bersama kita berdoa agar penumpang dan krew MH370 selamat walau di mana jua berada. Insha Allah.

Comments

  1. Semoga petunjuk ni akan rungkai segalanya,Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Semoga dapatlah jumpa hendaknya... aamiin..

    ReplyDelete
  3. hopefully, ada khabar gembira..

    ReplyDelete
  4. dah 2 minggu hilang kan.. harap dpt khabar gembira cpt2

    ReplyDelete
  5. walau apapun berita yang akan diketahui, diharap ianya berita yang baik untuk semua...

    ReplyDelete
  6. Salam...semoga pencarian MH370 menemui dalam keadaan selamat, Insya Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts