Popeye Di Alam Nyata


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Malam ni sengaja zumal nak share kan kisah orang yang macam popeye nie disebabkan beberapa orang rakan zumal yang teringin sangat nak badan berotot-otot macam tu. Kalau popeye dia makan bayam jer tapi ahli bina badan di Brazil ini menyuntik diri mereka dengan alkohol dan bahan kimia yang bokeh membawa maut semata-mata nak membesarkan otot.

Arlindo de Souza mempunyai otot lengan berukuran 73 cm yang terbesar di Brazil selepas mengambil suntikan berkenaan yang menyebabkan otot badan kelihatan bengkak seperti karakter kartun Popeye.

Namun dia sendiri mengakui tindakannya memberi kesan berbahaya kepada dirinya.
Di antara mereka yang menggunakan kaedah itu, ada yang terpaksa dipotong lengannya akibat jangkitan dan ada yang meninggal dunia.

"Kawan saya Paulinho mati kerana melakukan perkara ini. Saya sangat terkesan dengan kematiannya. Kami melakukan perkara yang sama tetapi dia melampaui batas. Saya nasihatkan supaya tiara sesiapa mencuba kaedah ini" kata Arlindo.

"Saya sudah berhenti mengambilnya, tetapi perasaan untuk melakukannya lagi masih ada. Namun saya berjaya mengawal diri sehingga kini." katanya.

Peminat Arnold Schwarzenegger yang digelar 'The Mountain' di kampungnya itu pernah menggunakan steroid, hormon dan pil kuda untuk merangsang pertumbuhan ototnya.

Kemudian seorang kenalan di gimnasium mempekenalkan 'minyak ajaib' yang mampu merangsang pertumbuhan ototnya.
Dia yang masih bujang dan tinggal di Orlinda, Brazil bersama ibunya berkata dia menyuntik badan dengan minyak itu dan sejak itu ototnya membesar.

"Sejujurnya, saya tidak merasai kesan sampingannya kecuali kadangkala pening. Selain itu memang tiada apa-apa," kata Arlindo. Harian Metro 12 Mac 2014.


p/s: kawan2 gym zumal pun amalkan makan pil untuk cantikkan otot. Zumal je belum try. Risau mudarat badan je :)

Comments

  1. Huhuhuhu dah tahu ader kesan sampingan dia buat jugak buat jugak ..Huhuhuhu..Tak takut ker PAK CIK oiii...POPEYE LA SANGAT ..

    ReplyDelete
  2. memang sngat tak patot !!! buat ape la nak buat mcam tu ?

    ReplyDelete
  3. Mmg dah macam popeye dah.. jadi kurang macho lah bila mcm tu... :D

    ReplyDelete
  4. dah besar macam tu, nmpak buruk la plak.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts