Sayangi Diri
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Alhamdulillah zumal baru sahaja tiba dari Bagan Serai, Perak dalam pukul 11.00 malam. Sebelum pergi ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 di Saloma Bistro, zumal singgah ke Bagan Serai untuk hantar tok zumal ke kampung dan untuk naik train dari sana ke Kuala Lumpur. Selepas beli ticket train zumal terus menuju ke kampung tok. Di persimpangan lampu isyarat pekan Bagan Serai tu, banyak la kenderaan beratur menunggu lampu hijau. Tiba2 datang sorang mat motor dengan lajunya terus melanggar lampu isyarat merah tu. Dia nak langgar lampu hal dia la kan tapi yang geramnya dia langgar side mirror kereta yang zumal pandu tu. Lebih geram boleh dia toleh belakang dan ketawa kat kita pulak. Kalau ikutkan hati zumal kejar sampai dapat. Tapi tok nasihatkan supaya sabar. Apa yang zumal nak kongsikan ni sikap para pengguna jalan raya kita la. Kalau la ada kereta lain yang lintas masa motor tu langgar lampu isyarat tak ke mati katak je dia tu. Lagi satu masa on the way balik dari Bagan Serai tadi zumal dapat lihat ramai pengguna motor tak mementingkan lampu belakang. Banyak yang lampu belakang tak berfungsi. Kalau ada lori tercuit kat belakang tu maybe tak sempat ngucap tau. Apa pun zumal ingatkan sayangilah diri anda. Wassalam :)
![]() |
Sori gambar tak jelas sebab diambil oleh pemandu tak sayang nyawa |
tok orang perak ke?tak jauh la dengan tempat ayie..btw,hati2 ye..
ReplyDeleteA'ah tok berasal dari Bagan Serai... Alhamdulillah kami dah selamat sampai di Perlis.
ReplyDeletebahaya btoi..x sayang nyawa..huhu..
ReplyDeletebahaya btoi..x sayang nyawa..huhu..
ReplyDeleteOrang yang tangkap gambar tu bahaya tak?
ReplyDeleteKekadng org tak rasa bahaya sesuatu perkara tu sampailah perkara yg bahaya tu terjadi.. menyesal kemudian pun tak berguna dah kan..
ReplyDeleteBetul tu, sesal kemudian tiada gunanya
Deletekeselamatn kena jaga, tak kira diri kita sendiri mahupun orang lain.. sikap mat moto tu buat malukan pengguna moto yang lain je..
ReplyDelete