 |
gambar ihsan iluvtour, jurugambar rasmi sbb2014 |
 |
Selfie dengan Ben Ashaari |
Assalamualaikum dan Salam Blogger kepada semua... Alhamdulillah event yang zumal nantikan selama ini telah pun selesai dan berjalan lancar. Zumal rasa sangat gembira kerana dapat bertemu muka dengan blogger2 terkenal di Malaysia dan negara2 jiran yang berjumlah kira-kira 380 orang. Maaf la zumal nie malu2 sikit mungkin tak ramai yang zumal berbual. Sebab tak tahu nak mulakan. Tapi kalau orang lain mulakan zumal rasa boleh la nak tambah. Memang dari kecil zumal macam tu. Arwah tok wan pernah cakap zumal nie cakap terlalu perlahan sampai orang tak perasan pun kita cakap. Hehe.
Walau apa pun event sbb2014 memang terbaik. Harap2 kita yang dah berkenalan tu terus eratkan ukhwah antara kita dan berkongsi la apa saja peluang untuk kebaikan bersama. Tips dan panduan daripada blogger otai seperti Team Denaihati, Haji Amir, Ben Ashaari, Zarul Umbrella, Redmummy, Hazman Fadzil dan ramai lagi akan zumal manfaatkan sebaik-baiknya. Forum bersama blogger tadi memang terbaik. Ada sorang kawan zumal yang nak belajar berblog dan segala ilmu yang zumal dapat tadi akan zumal kongsikan bersamanya. Tak rugi keluar bajet besar untuk datang ke Kuala Lumpur sertai event nie. Kepada yang menang contest yang dianjurkan tu zumal ucapkan tahniah. Zumal tak menang pun ok sebab Zumal bersyukur sangat2 kerana dapat hadir bersama kalian semua. Harapan zumal sbb akan terus diadakan setiap tahun. Wassalam.
#bateri lenovo dah nak kong... Sok zumal sambung blog...
 |
Sesi forum oleh otai2 yang bermanfaat |
 |
Boni Kacak menyanyikan lagu Yeo's |
 |
Penaja Majlis SBB2014 |
 |
Wakil dari Al Ansar |
 |
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan |
 |
Nampak layu sikit sebab jalan kaki nak sampai kat sini |
 |
Mc kita Hilal Azmi tengah memulakan majlis |
 |
Menanti Pemenang Cabutan Bertuah |
Sambungan entri ini...
Korang tahu tak masa majlis tu ada Hilal Azmi terjah zumal tanya mengenai boleh tak jadi jutawan dengan berblog nie. Zumal dah gelabah sebenarnya. Mana pernah zumal ditanya dalam majlis2 besar camtu seumur hidup kecuali ade skrip. Hehe. Kalau ada skrip tu maknanya bukan jawapan dari hati kan tapi masa tu memang jawapan dari hati yang jujur. Hehe. Lagi sikit nak kongsi. Tau tak masa nak bertolak ke majlis Sepetang Bersama Blogger zumal dah pening nak pergi macam mana kerana malam sebelum tu zumal bermalam kat Smart Hotel di Seri Gombak. Yang best masa check in tu zumal jumpa L.Ramli sempat la bersalam tapi segan nak minta bergambar. Ok. Selepas subuh zumal check out hotel dan cari kat mana nak ambil public transport akhirnya nampak bas. Pagi tu pakai baju lain. Disebabkan menapak terlalu jauh masa sampai berdekatan Pasar Seni, zumal pun beli baju yang ada jual kat Matic. Rasa selesa sikit sebab majlis Sepetang Bersama Blogger tu kan sampai petang. Masa kat majlis tu, zumal rasa letih gila dan mengurangkan fokus. Lepas majlis terus zumal ke KL Sentral nak beli ticket to Bagan Serai. Zumal pergi dengan kereta tapi sampai Bagan Serai je. Takut nak drive sorang. Ni ada beberapa gambar nak dikongsikan sebelum majlis berlangsung. Hehe.
 |
Baju asal sebelum ke SBB2014 |
 |
Sampai awal sangat kat depan Saloma Bistro |
 |
Ramai mat saleh lalu lalang dan ada yang suruh zumal ambil gambar dorang |
 |
Kat sini la zumal beli t-shirt |
 |
Masa tengah berjalan dari Pasar Seni 8.00 pagi |
 |
Zumal bertandang disini masa awal pagi tu |
 |
Saloma Bistro |
 |
Sesi bergambar selepas tamat event |
salam... wow .bestnya dapat join event mcm ni... teringin jugak nak join....
ReplyDeletehttp://cercitertashaqisha.blogspot.com/
mesti best...
ReplyDeleteowh.. en zumal ke sana rupanya.. terlepas peluang zizie ke sana sebab tak dapat info.. huhuhu...
ReplyDeleteowh.. en zumal ke sana rupanya.. terlepas peluang zizie ke sana sebab tak dapat info.. huhuhu...
ReplyDeleteAlhamdulillah, Zumal rasa bersemangat untuk terus berblog...
ReplyDeleteSeronoknya..lau saya memang agak malu nk bersemuka sbb belum kenal.
ReplyDeleteZumal pun sangat pemalu :)
ReplyDeleteWahh best la Zu Mal dpt join ...
ReplyDeleteHehehe PEMALU rupernyerr ..
Ok la dpt byk ilmu blogging kan ..
Zumal sebenarnya teringin sertai event2 besar tapi kerana malu dan segan tu buat zumal tak join. Tapi kali ni tak tahu la kenapa rasa berani pulak. Betul tu Lya, banyak juga dapat pengalaman dan ilmu daripada rakan2 blogger
ReplyDeleteAssalam saudara Zumal.. mmg kenangan manis dlm dunia berblogging kita kan bila dpt bertemu di alam nyata. Saya lihat kat zumal.. jauh dari perlis ye.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteSemoga kita dpt berjumpa lagi ye, in shaa Allah..
Saya follow sini & salam ukhuwah perkenalan.. Salam ceria selalu..:) :)
W'salam saudara Khir Khalid... Insha Allah moga dapat bertemu di lain waktu, terima kasih krn follow zumal.
Deletebestnya ... bila trun mama nak pergi ni, ...
ReplyDeletebestnya ... bila trun mama nak pergi ni, ...
ReplyDeletebestnya zumal :)
ReplyDeleteMoga tahun depan dapat jumpa mama dan kinah pula dekat SBB yer :)
ReplyDeletebestnya dpt jmpe blogger hebat2...bila la eden dpt join :(
ReplyDeleteNanti kalau ada event ape2 kita jumpa ek
ReplyDeletesEKALI TGK MCM PERGI MENGEMBARA LA HEHEHE..SIAP MAT SALEH LG TU MINTAK tLGGG AMBIK GAMBAR..
ReplyDeleteHehe mengembara di bumi sendiri. Dulu takde orang yang bawak jalan2 :)
ReplyDeleteSalam kenal Zumal......
ReplyDeleteTak pasanlah mase SBB aritu.....
Salam kenal juga AJ... Tak sempat nak kenal2 hari tu :)
ReplyDeleteMacam best.. meriah je ^^
ReplyDeleteMemang best Yun Sing, join la 16 April nanti
Delete