Berita : 2 Anggota Polis Parah Ditembak Di Ampang

Lokasi Kejadian : Taman Lembah Maju, Ampang 

Anggota Polis Menunjukan Lakaran Wajah Suspek 

Lakaran Wajah Suspek 

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Pagi tadi dua anggota polis cedera parah ditembak seorang lelaki ketika melakukan rondaan di Taman Lembah Maju, Ampang. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi. Kejadian berlaku apabila 2 anggota tersebut terserempak dengan dua lelaki lingkungan 30an yang bermotosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketika cuba didekati 2 lelaki itu segera melarikan diri dengan meninggalkan motosikal mereka sehingga memaksa anggota polis itu mengejar suspek. Seorang anggota sempat menarik baju suspek sehingga mendedahkan tatu bergambar harimau di belakangnya.

Bagaimanapun suspek berjaya melepaskan diri sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan jarak dekat sehingga menyebabkan kedua-dua anggota polis berkenaan.

Polis masih mengesan kedua-dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap berdasarkan tatu pada badan seorang daripada mereka. Bernama.

Comments

  1. bahayanya kat KL sekarang ne.. ermmm,, polis pun drng berani tembak....aduhai..

    ReplyDelete
  2. smoga cepat diberkas dan ditumpaskan kongsi gelap ni.

    ReplyDelete
  3. Penjenayah dah semakin berani skrng.. sbg org awam, kita pun kena lebih berhati2..

    ReplyDelete
  4. Takunyerr ..Mcm2hal yg berlaku sekarang nie..

    ReplyDelete
  5. Polis pun kena tembak...apatah lagi kita orang awam. Semoga dijauhkan dari segala petaka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts