Penguatkuasaan Itu Perlu, Tapi...

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Hari ni zumal dapat MC. Alhamdulillah boleh rehat di rumah. U all nak tahu, semalam zumal cerita pasal kena bisul kan. Doktor cakap itu bukan bisul tapi jangkitan kuman. Tak pe la ape pun moga lepas makan ubat nanti boleh sembuh.

Hari ni zumal nak cerita pasal ubat atau bisul tapi pasal parking. Kat Perlis masalah parking ni dah lama berlarutan. Kat kawasan Kangar nie kurang petak parking. Sekarang banyak parking lot untuk kereta jer, motor dan basikal nak letak mana? Silap letak MPK sita. Maklum la park kereta berbayar, park motor dan basikal tak buat sebab pengguna kenderaan seperti tu tak bayar. Jadi untuk nak beri income (rasanya) sita je la. Nak tuntut nanti sure kena bayar. 

Nak dijadikan cerita, tengah hari tadi zumal ke klinik. Semasa menunggu ambil ubat tetiba lalu la sebuah kereta peronda Majlis Perbandaran Kangar dan sebuah trak dihadapan klinik dan membuat pengumuman supaya motor yang diletakkan pada petak parking kereta yang tak diubah akan disita. Suruh ubah tapi nak ubah ke mana? Blok bangunan yang menempatkan klinik yang zumal pergi tu memang tak ada parking motor hanya untuk kereta. Kita yang pergi klinik dah tenth orang yang tak sihat tak kan nak parking sebatu pastu jalan kaki pula. Nak periksa sakit lain dapat pula sakit lain. Pada zumal, nak buat penguatkuasaan tu biar la ada batasan dan logiknya. 

U all cuba fikir, patut ke motor kita tu diparking di kaki lima kedai. Kan dah mengganggu pelanggan kedai untuk keluar masuk. Lebih2 lagi kalau kedai makan, asap motor tu akan mencemarkan makanan yang dijual. Lagi satu jika ada kanak-kanak yang lalu lalang di kaki lima kedai tu boleh akibatkan kecederaan jika terkena ekzos motor yang masih panas. Bahaya tu. 

Kalau pun tak nak motor parking di parking lot kereta, buat la tempat parking motor. Takut rugi? U all buat la yang berkunci baru tak rugi pengguna motor nak bayar. Tapi bagi zumal kalau kereta parking setengah jam 30sen kenapa pula motor sekali parking RM1.00? Beza jauh sangat. Ini zumal lihat pada kawasan yang ada parking motor. Kadang2 kita beli barang tak sampai 5 minit kena bayar RM1.00. Bagi zumal tak berpatutan la. Cuba la anda2 yang berkaitan tu fikir jika anda sebagai pengguna dan bukan anda sebagai penguatkuasa. Cubalah menyenangkan rakyat bukan menyusahkan lagi. Fikir-fikir yer :)

Anda dah baca, jom bantu zumal klik 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Klik Satu Pun Boleh, Lebih Memang Ohsem. Terima Kasih :)


Comments

  1. hihi...nak mengeluh...dunia memang semua nak duit dik oii..hahaha...
    sabar je lah

    ReplyDelete
  2. Tak reti dah nak cakap aper ..
    Huhuhuhu pastu kalau takleh parking kat situ nak bawak g parking kat maner adoii mcm2 lerr ..

    ReplyDelete
  3. Zumal kesian pak cik- pak cik yang naik motor :)

    ReplyDelete
  4. betul juga apa yang zumal cakap tu..kan senang buat stu tempat park utk motor...

    ReplyDelete
  5. Mmg sepatutnya dikaji lebih mendalam tu.. Apa tujuan penguatkuasaan klu masih ada pihak yg susah. Tau nak menghukum shj mmg susah juga...

    ReplyDelete
  6. Hanya yg menaglami faham akan masalah ini. Saya syorkan buat aduan secara rasmi kepada pihak berkenaan. Dalam aduan beri juga cadangan. Bagi salinan kpd pemimpin2 tempatan. Mungkin mereka tidak nampak masalah ini.
    Tak rugi mencuba...mungkin berjaya, dapat berbakti kepada ramai orang. Kalau tak berjaya...berserah kpd Allah swt, usaha yg baik dan ikhlas pasti Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  7. Segala cadangan dan pendapat tu akan zumal manfaatkan dengan baik :)

    ReplyDelete
  8. kalau boleh, xnakla dicop sebagai gila duit. tapi, masalahnya memang semuanya memerlukan duit.

    ReplyDelete
  9. Hehe duit bukan segalanya
    Tapi segalanya perlukan duit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts