Gumbira

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat anda semua. Zumal selalu hidup berdua je dengan tok. Tapi pada petang Khamis, ayah dan ibu saudara zumal datang dari Kelantan yang zumal panggil Pak Cik dan Mak Cik. Sedikit sebanyak dapat beri keceriaan buat tok dan zumal. 

Pagi tadi temankan Pak Cik dan Mak Cik makan laksa di Kuala Perlis. Makan dekat Restoran Kak Su... Restoran nie pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan yang popular kat TV3.

Dalam pukul 4 petang lebih, kami sekali lagi ke Kuala Perlis. Tapi bukan pasal laksa tapi sebab nak hantar Pak Cik ke jeti untuk ke Langkawi. Pak Cik nak shopping dan kebetulan rakan2 sekerjanya pun ada yang bercuti di Langkawi.


Ramai betul orang nak ke Langkawi. Banyak rombongan dari luar. Ada rombongan dari Kota Belud Sabah seramai 83 orang tengah beratur bersama. Disebabkan Pak Cik pergi ke Langkawi jadi zumal la kena ganti nak drive kereta. Inilah first time zumal pegang stering Toyota Corolla Altis yang paling latest tu. Hehe. Kalau nak dikirakan kepuasan memandu, zumal bagi 4 bintang je berbanding Honda Accord versi yang jadi Perdana tu lebih sedap drive. Tapi kalau kecanggihan lebih kepada Altis serta rupa luarannya yang cantik. Macam review kereta pulak. 

Lupa pula nak cerita, hari ini zumal ambil cuti kerana nak rai tetamu. Bukan selalu dorang datang sini. Selain tu dapat juga ziarah saudara-mara lain bila mereka ajak zumal bersama. Venue Sukma tak dapat juga pergi. Hehe. Tak pe la masa pembukaan zumal dah tengok. Maybe penutup pula zumal pergi. Tak cerita pasal tok yer. Tok ada dirumah jer. Tapi kami bawa pulang laksa Kuala Perlis untuk tok. Makan juga separuh. Tak apa la tok boleh makan. Zumal tak la susah hati sangat. 

Kepada rakan-rakan blogger lain bila waktu bersesuaian zumal akan berblogwalking yer. Sekarang nie tak sempat pula. Selamat berhujung minggu semua...

Menarik di dalam :



Comments

  1. salam pagi selamat berhujung minggu cucu kesayangan tok...

    ReplyDelete
  2. rindunya kat opah bila bercerita ttg tok..huhu..

    ReplyDelete
  3. Kami nie memang tak boleh berenggang Nana :)

    ReplyDelete
  4. Salam hujung minggu Zumal... salam ceria selalu.. :) :)

    ReplyDelete
  5. salam hujung minggu zumal... seronoknya dia.. zizie tumpang happy sekali :D

    ReplyDelete
  6. EH,, muja pun orang klate,, hehe

    ReplyDelete
  7. hihi, untung zumal dapat pandu kereta mewa tu.. :) hepi mama baca entri ni.. enjoy ye zumal!

    ReplyDelete
  8. Owh bestnya mereka pergi langkawi, jgn lupa mintak diorg belikan ole2 haha

    ReplyDelete
  9. selamat berhujung minggu zumal..

    ReplyDelete
  10. selamat hujung minggu zumal.. nina dh takda tok :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts