Liebster Award

 

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat anda semua... Baru2 ini zumal telah di tag dalam Liebster Award oleh beberapa orang rakan blogger. Hari ini baru zumal berkesempatan nak jawab. Maklum la line internet slow sangat jadi mood zumal asyik ke laut jer. Bagi yang tak tahu apa benda Liebster Award nie, sikit jer zumal boleh terangkan sebab zumal pun kurang arif. Konsep Liebster Award nie macam game untuk para blogger menjalinkan ukhwah antara satu sama lain kerana dalam game ini kita perlu menjawab soalan yang rakan kita tanya dan kemudian kita perlu tag rakan2 lain pula. Dengan itu kita akan lebih kenal antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan soalan dalam bahasa omputeh tapi izinkan zumal jawab dalam bahasa kebangsaan yer almaklum la Muet band 2 je...

Soalan Dari Mellya

1~ Tell me about your first crush. (Who, When, What do you like about him/her) 
2~ Since when you had started "blogging"? 
3~ 3 Favourite Songs. 
4~ 3 Favourite Bloggers. 
5~ Your favourite quotes (1 atleast). 
6~ I am an Ailurophobia. What about you? Your phobias? Check here PHOBIALIST 
7~ What do you do during weekend? 
8~ When I sing, I sound like .................. 
9~ Who is your inspiration in life? 
10~ What are your special abilities that you are proud of? ( 2 atleast) 
11~ What do you think about me :)

Jawapan zumal

1~ Dah tinggal kenangan. Biarlah rahsia yer. Boleh dak jawab gini. Hehe.
2~ First time ada blog pada tahun 2011 tapi mana hilang blog tu pun zumal tak tau. Blog duniazumal ni start hujung tahun 2012.
3~ Lagu yang zumal minat yer, banyak la tapi top 3 ialah:
* Pelangi Petang
* Jars Of Heart
* Terukir Di Bintang
4~ Blog feveret zumal
* Ben
* BM
* Hanif
5~ Feveret quote `dare to fail`
6~ Fobia? Zumal fobia dengan benda2 hidup yang badan licin cam belut, ular dan lintah. Selain tu zumal fobia membonceng motor. Kalau orang ajak tumpang naik motor memang zumal tolak pelawaan tu.
7~ Weekend zumal selalu berblogwalking, buat kerja rumah dan bermain bersama anak2 kucing
8~ oh kalau zumal nyanyi mesti retak tingkap rumah u all tau. Tapi zumal memang suka melalak.
9~ Tun Dr. Mahathir Mohamed
10~ Yang nie tangguh jap
11~ Pandangan zumal terhadap Mellya, oh awak memang ohsem dan peramah. Mellya boleh jadi blogger yang berjaya tau. All the best k :)

Soalan Dari Hunyeda

1~ describe yourself
2~ What is your feeling right now?
3~ Do you have secret admirer
4~ The best moment in your life ?
5~ sosial media favourite
6~ Who people do love so much and why ?
7~ What is your favorite movie or TV show?
8~ Favourite number, and why?
9~ what is the most thing you always do before going to sleep ?
10~ what matters most in hate
11~ Honestly , describe my blog ? 

Jawapan zumal

1~ Zumal ni sorang pemalu kalau kat dunia nyata tapi mudah mesra dengan orang. Kadang2 datang juga baran kalau ada yang tak kena.
2~ I feel happy right now...
3~ Ada tapi secret kan? Tetap secret yer...
4~ Masa kecil... Terkenang time arwah tok wan masih ada...
5~ Zumal cuma aktif kat blog. Sosial media lain just share apa yang ada di blog...
6~ Arwah Tok Wan - kerana beliau lebih kenal zumal daripada ibu bapa zumal. Walaupun beliau garang tapi didikan beliau menjadikan zumal lebih matang.
7~ Dari zaman remaja zumal suka tengok iCarly tau sebab zumal bercita-cita nak jadi glemer cam dorang walaupun itu lakonan.
8~ zumal suka no 1 sebab zumal dilahirkan bulan 1 dan zumal juga anak pertama dalam family. Teringin nak jadi no 1 dalam apa juga perkara. Tapi yang baik2 ja.
9~ zumal akan tengok tok zumal dah tidur ke belum, dulu zumal akan tengok tok wan. Risau kat dorang. Lepas tu baru nyenyak tidur.
10~ ada. Tapi biar rahsia.
11~ Pandangan zumal terhadap blog Eida, blog awak ohsem dan cantik. Tak serabut. Blog Eida tak berat senang loading. Perkara yang dikongsikan semuanya menarik...

Soalan Dari Lya

1~ Di manakah tempat lahir anda ?
2 ~ Saat bilakah anda akan berasa Tenang ?
3 ~ Kenangan zaman sekolah yang tak pernah anda lupakan ?
4 ~ Lagu hari raya yang anda suka ?
5 ~ Matapelajaran yang anda paling tak suka masa sekolah menengah ?
6 ~ Makanan yang paling anda suka ?
7 ~ Jenis pakaian yang anda suka pakai ?
8 ~ Kuih muih tradisional yang anda suka ?
9 ~ Minat anda berblogging sejak bila ?
10 ~ Blogger wanita/lelaki yang anda suka ?
11 ~ Kalau dapat ke luar negara..Manakah destinasi pilihan anda ?

Jawapan zumal

1~ Zumal dilahirkan kat Hospital Besar Kangar kini dikenali sebagai Hospital Tuanku Fauziah
2~ Masa duk rumah memang tenang
3~ Masa kena lempang dengan cikgu penyelia petang... Cikgu, I tak akan lupa kat u sebab I tak buat salah pun, ok. Ayat nampak jahat je kan. Haha :)
4~ Lagu raya yang zumal suka nie yang lama2 tu, tak dengar rasa macam tak raya tau.
5~ Zumal suka semua subject tapi yang tak berapa nak pandai tu hanya Matematik jer...
6~ Zumal suka nasi kandar...
7~ zumal pakai yang biasa2 jer...
8~ Kuih bangkit... Tempat lain maybe sebut kuih bakar.
9~ minat tu sejak 2011 lagi. Tapi serius tu dalam tahun lepas 2013.
10~ Zumal suka blogger Ben Ashaari sebab mula kenal dunia blog dulu pun lepas duk baca blog dia.
11~ Jepun. Tapi rasanya tak dapat kot.

Soalan Dari KSD

  1. Siapakah Anda?
  2. Apakah nama blog anda ?
  3. Kenapa anda memilih untuk menjadi blogger?
  4. Siapakah orang Yang paling penting dalam hidup anda?
  5. Adakah cita cita anda telah tercapai ?..Kenapa?
  6. Apakah warna kegemaran anda?
  7. Siapakah nama rakan karib anda?
  8. Jenis orang yang tidak anda sukai?
  9. Tabiat yang tidak boleh ditinggalkan sehingga sekarang?
  10. Tempat yang ingin anda lawati? Kenapa?

Jawapan zumal

1. Saya Ahmad Zu Mal lebih dikenali sebagai zumal
2. Nama blog zumal ialah Dunia Zumal
3. Mulanya zumal berblog hanya untuk isi masa lapang...
4. Paling penting dalam hidup zumal ialah family terutama tok zumal.
5. Zumal nak jadi cikgu macam arwah tokwan tapi tak tercapai pun. Hehe :)
6. Zumal suka merah. 
7. Hafidz Salim, Faizul dan Kamarul...
8. Orang suka cari gaduh dan orang yang suka buat salah
9. Tabiat ? Zumal tak tau la apa yang zumal tak boleh tinggal. Kalau dulu zumal akan keluar air mata bila jauh dari tok wan dan tok...
10. Jepun. Macam jawapan untuk soalan Lya. Sebabnya zumal mula kenal doraemon dan adiwira2 ohsem sejak kecil jadi teringin nak tengok negara tu macam best jer...

p/s: zumal tak jadi tag sesiapa sebab dah ramai yang kena tag. Hehe :)

Comments

  1. Wahh.. jawab sekali semua.. menarik Zumal.. :) :)
    Saya bab tag2 ni yg tak berapa reti nak memilih.. fenin2.. :D

    ReplyDelete
  2. Tq sudi jawap yer Zumal ..
    hehehe ramai yg tag tu susah jugak nak jawap bila dah bertimbun2 jdnyerr hahahha..

    ReplyDelete
  3. "1~ Dah tinggal kenangan. Biarlah rahsia yer. Boleh dak jawab gini. Hehe."

    "3~ Ada tapi secret kan? Tetap secret yer..."

    jawapan selamat je bagi . hehe .

    tp suka quote tu , 'dare to fail' . =) .

    ReplyDelete
  4. kite pun nak ke jepun zumal ui haha.

    dreams do come true. insyaAllah

    ReplyDelete
  5. wah ramai yg taq zumal ni...

    ReplyDelete
  6. yeay ! thanx ye sudi jawab hihi
    yang tertangguh tu jangan lupa :P

    ReplyDelete
  7. Thanks juga sebab tag zumal :))

    ReplyDelete
  8. Jawapan pukal nie.. idea yg bagus...>_<

    ReplyDelete
  9. Hehe... Mudah sikit buat macam nie :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts