Dah Tumbuh Lalang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat anda semua. Dah tumbuh lalang kat duniazumal nie. Jumaat je last zumal last sekali update blog nie. Rindu sangat nak berblog dan berblogwalking ke blog rakan2 seperjuangan tapi apakan daya masa membataskan kita bersua. Hehe. Ye la tu.

Pada hari Khamis lepas zumal terima tetamu iaitu ibu dan bapa saudara zumal dari Kelantan. Rujuk kisah zumal di sini. Selalu kalau Pak Cik dan Mak Cik datang mesti bawa sesuatu untuk zumal. Kalau Mak Cik, siap dengan idea lagi terutama untuk dekorasi rumah. Hehe. Idea Mak Cik selalunya zumal akan praktikan. Maybe Mak Cik lemas tengok rumah zumal yang tunggang langgang nie.

Pak Cik dan Mak Cik dah pulang ke Kelantan pukul 7.00 pagi tadi. Pak Cik terpaksa pulang awal pagi kerana ada urusan kerja pukul 11.00 pagi. (Oleh kerana hujan lebat sepanjang jalan jadi dorang lewat sampai di Kota Bharu dalam pukul 1.30 tengah hari) Kalau anda semua nak tahu, lepas dorang balik zumal pun terus praktikan idea Mak Cik tu. Meh tengok hasil2 kerja zumal hari ini.
Meja makan nie baru diberikan nafas baru kalau tak nak letak
makanan pun tak ada ruang 

Rumah zumal nie terlalu
banyak barang berbanding penghuninya...

Sebelum nie periuk sebesar-besarnya
 ada atas nie...
Sepatutnya zumal kongsikan gambar sebelum dan selepas kan... Tapi zumal tak sanggup la takut ada yang pengsan. Hehe.

Ada pelbagai buah tangan yang Pak Cik dan Mak Cik bawa untuk zumal. Terima kasih yer Pak Cik dan Mak Cik. Rasa rindu pulak bila zumal dah kembali tinggal berdua je dengan tok. Lepas dorang balik je tok dah demam. Kalau ada tetamu selalunya tok lebih ceria. Mana tidaknya sebab asyik2 tengok muka zumal jer. Ni antara buah tangan dorang untuk zumal. Kebanyakan barang adalah dari Cosway dan Tupperware.
Pencuci pakaian nie memang wangi

Bersih jubin bilik air zumal

Zumal suka designnya macam pasu...


Belum try lagi 

Keropok ikan

Keropok ikan 

Bagi peserta segment just rt this sila check ada tak link anda dalam list INI. Jika tiada sila maklumkan kat komen di entri tersebut sebelum 5 Jun 2014 yer.

Comments

  1. Rumah kita kena la kita rajin2 kemas ..Bila dah kemas takder la sakit mata nak melihat hehehe ..Cantik dan kemas ..

    ReplyDelete
  2. wah banyaknya dapat buah tangan dari makcik dgn pakcik. murah rezeki :D

    ReplyDelete
  3. Bagusnya Zumal.. kalau yg soleh mcm ni ^^

    ReplyDelete
  4. Lya:hehe zumal akan terus rajin :)
    Mazni: banyak lagi sebenarnya sebab pak cik dgn mak cik memang rapat dgn zumal...
    Pha Is: rajin ada makna :)
    Ibnu Ramli: hehe ^_^

    ReplyDelete
  5. amboi, cepatnya tumbuh lalang.. hihihi.. wah2.. anak siapa ni? rajinnya mengemas :D

    ReplyDelete
  6. Zizie, hujan kerap tu yang subur pokok lalangnya :))

    ReplyDelete
  7. husna tak boleh sikit tgk rumah tak berapa nak kemas nih..hhehe..

    murah rezeki zumall..:)

    ReplyDelete
  8. husna tak suka sikit tgk rumah tak kemas..hehehe..:p

    murah rezeki zumal..:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah la husna... Sesuatu yg tak disangka :)

    ReplyDelete
  10. Wahh.. rajin sungguh mengemas.. :) :)

    ReplyDelete
  11. Semalam meow zumal dah sepahkan rumah... Huhu :(

    ReplyDelete
  12. Rajinnya.. hehe nak tengok gambar sebelum ada tak? xD

    ReplyDelete
  13. Gambar sebelum tu tak ade la Yun Sing, kalau ade pun segan nak sharekan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts