Misteri Kipas Kotak

Sumber: Google


Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua... Korang pernah tengok kipas cam kat atas tu? Walaupun zumal ni daya ingatan agak terjejas tapi pasal kipas tu, sampai sekarang kasih ingat.

Ceritanya bermula begini. Zumal dibesarkan di sebuah rumah kayu dua tingkat di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Dagang tapi lebih dikenali sebagai Kampung Repoh atau kepala batas Jalan Santan... Zumal tinggal bertiga bersama tok wan dan tok. Rumah tu ada 5 bilik hasil tangan tok wan zumal sendiri yang membinanya pada tahun 1963 diatas tanah sewaan imam kampung tersebut.

Walaupun rumah kami tu ada 5 bilik tapi kami guna hanya satu bilik. Masa tu zumal sekolah rendah dan tidur bersama tok wan dan tok. Dorang tidur atas katil, zumal pula tidur atas tilam sebelah katil dorang. Dalam bilik tu ada dua kipas iaitu kipas berdiri dan kipas kotak... Kipas kotak tu lebih kurang macam dalam gambar yang zumal sharekan. Nak tahu apa yang misteri? 

Saban malam ketika zumal tidur mesti kipas tu akan hadir dalam mimpi zumal. Zumal tak pasti apa yang ada pada kipas tu hingga setiap kali mimpi mesti ada kipas tu... Bukan mimpi sejuk kena kipas atau jari putus akibat terkena bilah kipas tapi mimpi tu menampakkan ada kipas kotak tu. Mimpi yang berkaitannya semua menakutkan macam ada sesuatu nak tarik zumal masuk ke dalam kipas tu. Korang mungkin tak rasa seram dengan kisah nie tapi zumal yang alaminya rasa takut pada kipas tu. Setiap malam mimpi yang sama hingga dah masuk sekolah menengah. Walaupun masa dah sekolah menengah zumal dah tidur bilik berasingan dan jauh dari kipas tu. Kadang-kadang bunyi kipas tu saja dah buat zumal seram dan berpeluh. Sampai sekarang zumal masih tak paham pasal mimpi tu. 

Sampai tahun 2002 kami pindah ke rumah di Taman Norma hingga sekarang. Kipas tu pun zumal tak tahu ke mana. Sejak pindah dah tak ada mimpi kipas tu lagi. Itulah kisah pelik yang buat zumal tergerak untuk kongsikan buat semua. Wassalam...

Menarik kali ini
1) Terbang PERCUMA dengan Air Asia 
2) Senyum boleh menang hadiah lumayan
3) Menang trip ke Brazil
4) Anda suka kiwi ? 

Comments

  1. Banyak tengok Ultraman ni kikiki :p

    ReplyDelete
  2. Ultraman ade citer camtu yer Dzureen? Maybe zumal nak dapat kuasa super hero kan... Hehe :)

    ReplyDelete
  3. aiyak! kipas pun boleh jadi benda seram eh*garu kepala hehe..

    ReplyDelete
  4. macam2 la...haha..nice sharing la .terhibur gak baca.pengalaman dulu2 kan.

    ReplyDelete
  5. hehehe...interframe betul la kipas kotak tu kan zumal

    ReplyDelete
  6. huiyoo..misteri kipas kotak..ecah still guna kipas lagi..sbb die memusing secarang bulatan..so memang sedap kalau tido malam guna kipas ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri :)

    ReplyDelete
  8. Saya rasa saya boleh faham..sebab masa kecik saya mimpikan parut kelapa kat rumah nenek.. pelik dan creepy.. kalau durian crepe takpe la jugak kan..

    ReplyDelete
  9. hahahah mcm2


    p/s
    sy masih gn kipas ni ;-)

    ReplyDelete
  10. haha.. dah lama tak nampak kipas spesis kotak nih

    ReplyDelete
  11. Ni layan cerita kat tv banyak sangat nie hahaha :D

    banyak kn istiqfar sebelum tido la yer zumal :D

    Salam Kenal - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

    ReplyDelete
  12. Hehe entah la... Memang terus jadi misteri ;)

    ReplyDelete
  13. Aik kipas pun leh jd misteri..pelik bin ajaib

    ReplyDelete
  14. Aik kipas pun leh jd misteri..pelik bin ajaib

    ReplyDelete
  15. Misteri yang belum terungkai hingga kini :)

    ReplyDelete
  16. Mimpi mcm tu mmg berlaku kpd sesetengah org masa kecik hinggalah membawa ke alam awal remaja.. ada yg memanjang mimpi mentol yg ada kat rumah atuknya pun ada.. misteri kan..

    ReplyDelete
  17. pernah nmpak kipas macam ni, tapi kat rumah dulu x de kipas macam ni.. yg ada kipas yg ada kaki tu..

    ReplyDelete
  18. Seram weyh siapa kata tak seram.. depan saya sekarang ni ada satu kipas kotak camtu.. .__.

    ReplyDelete
  19. ni mesti kes rindu kat kipas kotak tu kot...hehe

    Entri terkini MINDAKABUR : Menambah 'Text Formatting Tools' Pada Kotak Post Google+

    ReplyDelete
  20. Entri ni kesinambungan jawapan Liebster Award Yun Sing la :)

    ReplyDelete
  21. menarik pulak kisah yg hang citer kan nih sampai ngan aku2 sekali tertarik nak tau apa maksud di sebalik mimpi tuh.

    ReplyDelete
  22. Aswadz, jangan termimpi sama dah la... Ini la pengalaman mimpi yang zumal alami masa kecik sampai alam remaja...

    ReplyDelete
  23. macam ade sesuatu je pd kipas tu hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts