Pilihan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Kita dah berada di ambang Ramadhan. Zumal rasa amat gembira dengan kehadiran Ramadhan. Sebabnya Ramadhan adalah bulan rahmat. Moga Ramadhan ini lebih baik bermakna buat zumal.

Ahad ni 1 Ramadhan. Kurma dah ade ke? Kalau yang dekat boleh la order kat zumal. Bagi yang jauh cepat pergi beli stok. Bukan apa, makan kurma ini sunnah Rasulullah jadi kita sepatutnya jadikan amalan. Bagi zumal makan kurma bukan sekadar bulan Ramadhan tapi setiap hari jadi amalan. Jangan risau, makan kurma pada kadar sepatutnya tak akan mengganggu kesihatan anda.

Alhamdulillah, rezeki jual kurma tahun nie lebih baik dari tahun lalu. Hari pertama zumal jual stok dah hampir habis. Syukur. Bukan sahaja supply kurma kat ofis pun zumal jual. Minta izin yer boss. Hehe.
Tepi meja zumal kat ofis 
Dalam entri sebelum nie ada Cik Akak bertanyakan kurma coklat. Tahun nie memang ada. Zumal ambil stok tak banyak sekadar percubaan. Alhamdulillah laris juga walaupun harganya agak mahal.
Kurma Coklat Berinti Badam Al Alwani Date 
Bagi anda yang nak order kurma yang zumal jual boleh la contact zumal 0125747869. Kat bawah nie nak promote beberapa produk yang zumal jual.
Kurma Madu Rotab Khazar 

Kurma Tangkai Khalifa 

Kurma Tangkai Desert Palm 

Kurma Tangkai Tunis Palm 

Prune 
Ada dua yang zumal tak letak gambar. Kurma Tangkai Jebel dan kurma coklat dalam paket kecil seperti gambar atas sekali yang dalam bungkusan plastik tu. Bagi yang berminat boleh la order yer. 

Kepada semua muslimin dan muslimat zumal ucapkan selamat berpuasa. Salam Ramadhan...

Comments

  1. selamat berpuasa zumal n toknya...kalau dekat ni mmg kak cari zumal beli kurma...

    ReplyDelete
  2. kurma pun dh beli.. nanti la nk serbu kilang yusuf taiyoob. heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts