Semalam Yang Sibuk

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua... Zumal mohon kepada rakan-rakan blogger kerana tak sempat membalas kunjungan sebahagian besar daripada korang. Sebabnya? Sebenarnya semalam adalah hari yang amat sibuk atas urusan perniagaan. 
Zumal tak beli banyak ni

Beli 3 troli ni jer

Tak muat bonet viva nie.. Sampai tempat duduk pun penuh...

Tempat simpanan kat rumah...

Setiap tahun sememangnya zumal sibuk pada minggu sebelum puasa dan seminggu pertama puasa kerana pada masa ini cukup berharga untuk zumal yang menjalankan bisnes kurma. Begitu la juga tahun ini. Terlalu banyak pesanan kurma untuk zumal urusan terutama bagi peniaga-peniaga kedai runcit. Masa ini la mereka nak menambah income dengan jual kurma jadi zumal kena fokus pada mereka. Bekalan kepada mereka perlu mencukupi dan zumal juga menyimpan stok tambahan. Walaupun agak letih menguruskan perniagaan membekal kurma ini tetapi ianya berbaloi jika tahu caranya. Alhamdulillah selesai juga.

Semalam bukan sahaja kurma yang zumal shopping tapi peralatan elektrik pun beli juga. Tok bagi cadangan buat kuih raya. Zumal pun menyahut cabaran tapi semua kena beli baru sebab yang lama dah rosak. Oven pun rosak. Macam air je duit keluar. Sayang pun ada. Tapi sebagai peniaga zumal harus berani menanggung risiko. Apa yang zumal harapkan perniagaan akan berjalan lancar. Insha Allah. 

Ada perkara yang lawak semasa shopping tu. Promoter Seng Heng tu la tak suruh zumal register ahli dulu, dah bayar duit oven baru dia cerita kalau ahli ada diskaun banyak. Rugi je. Lepas tu zumal beli blender pulak baru ada diskaun sebab dah jadi ahli. Sebelum ni dah banyak zumal menguntungkan mereka sebab dah pelbagai barang zumal shopping kat situ. Rugi... Rugi...

Kalau korang nak tahu zumal tak sempat duduk pun kat rumah. Rumah hanya untuk singgah makan dan solat sampai 12 pagi baru tak ada appointment dengan customer. Hari yang paling dahsyat dalam hidup. Zumal syukur sangat kerana kepenatan tu berbaloi kerana hari ni dah dapat tuai hasilnya... Tahun-tahun lepas tak la selebat ini. Mungkin tahun ini banyak buat promosi agaknya. Pukul 1 pagi baru sempat tengok oven dan blender baru. Sayang pula nak guna. Hehe.
Jadi ahli group panda 

Masih dalam kotak 

Semalam zumal bawak tok bersama ketika shopping. Tok pula teringin nak makan pekasam ikan tilapia. Zumal pun singgah beli kat Tasoh. Tengok ada pekasam daging sama. Selalu tengok iklan ja kali ni baru beli. Bulan puasa zumal memasak jadi kena banyak stok makanan. 
Ikan pekasam beli sini 

Sori la kalau korang terpaksa membaca bebelan ini sebab zumal rindu sangat nak menulis. Rasa macam dah lama blog ini tersisih wal hal baru dua hari. Rindu kat korang sama... Sekian untuk kali nie. Jap lagi ada lagi tau...

Comments

  1. banyaknya kurma...macam-macam jenis ada ye zumal..memang setiap kali puasa mesti nak ada kurma..

    ReplyDelete
  2. Kurma coklat ada tak zumal

    ReplyDelete
  3. sibuk benor abang zumal kitaaa ni, hehehe. apa-apa pun, jaga diri jugak yer abang. goodluck with your bisnes and selamat berpuasa ;)

    ReplyDelete
  4. byknye kurma tu zumal
    moga bisnes berkembang maju
    aah time ramadhan nanti sure permintaan kurma ni makin meninggi

    ReplyDelete
  5. byknye kurma tu zumal
    moga bisnes berkembang maju
    aah time ramadhan nanti sure permintaan kurma ni makin meninggi

    ReplyDelete
  6. wah , zumal pandai masak lah ni ... rm hasil business tu klu blh masuk acc khas utk business dan guna utk business jer ... saja cadang ... heheheee .

    ReplyDelete
  7. semoga bisnes berjaya zumal.. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  8. bisnis bulan ramadan mmg kencang masuknya...selamat berpuasa n maju bisnisnya.

    ReplyDelete
  9. Semoga berjalan lancar bisnes tu..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah moga bisness Zumal berjalan lancar ,..Semoga terus di murahkan rezeki ..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. semoga murah rezeki zumal di bulan puasa ni

    ReplyDelete
  12. semangat!! semangat!! siapa tahu boleh bukak kedai plak lepas nih..:)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... all the best Zumal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts