Cabaran Ramadhan Ku

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kita masih dapat meneruskan perjuangan dalam Madrasah Ramadhan ini. Pada zumal Ramadhan kali begitu besar cabaran yang zumal perlu harungi kerana pelbagai komitmen yang telah zumal persetujui dan zumal tak boleh leka. Apakah itu biar zumal saja yang tahu. 

Hari ni (Jumaat) zumal sepatutnya memulakan kontrak baru untuk jawatan pekerja sambilan harian di JKM Perlis tapi hanya sekerat hari zumal kerja atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Hari sebelum itu zumal bercuti a.k.a perantaraan bermula kontrak baru. Bila diberi cuti semestinya pelbagai rancangan yang kita aturkan tapi apakan daya tak dapat juga zumal lakukan kerana masalah yang sama. Lepas solat Jumaat zumal dah pergi klinik dan buka puasa tadi pun dengan ubat. Doktor sarankan zumal ambil stress test dan mengikut penerangan doktor kosnya agak besar. Ya Allah berikanlah zumal kekuatan. Tak ambil ujian tu pun takpe asalkan terus sihat. Ujian tu pun sekadar untuk mengesahkan penyakit apa yang zumal hadapi kini. Mengikut doktor, hospital kerajaan tak akan buat ujian tu kerana umur zumal masih muda (utk penyakit tu) Jadi kalau ke swasta yang kosnya besar dan dorang tak kisah umur berapa pun kita untuk stress test tu. Apa yang penting fulus mau ada. 
Apa pun penyakit tu tak begitu merisaukan zumal kerana ka bukan cabaran utama. Tapi zumal harus kekal sihat untuk harungi medan ini. Hehe. Macam la ko nak pergi perang kan? Kalau perang zumal surrender awal la. Tak mampu ler. 

Hari Khamis zumal sepatutnya nak pergi ambil stok kurma kerana dah banyak pesanan yang zumal terima tapi redha je la. Jauh sangat. Jadi pada petangnya zumal tukar misi iaitu cari bahan untuk projek kedua zumal iaitu untuk buat biskut raya. Bahan tu senang nak cari kat bandar Kangar nie. Alhamdulillah misi tu berjaya walaupun tak lengkap sepenuhnya. Itulah bakal jadi bisnes baru yang zumal nak teroka. Agar dapat jana income sebelum raya. Bukan target untuk raya sakan tapi ia untuk melengkapkan misi zumal agar dapat atasi komitmen yang zumal sebutkan mulanya tadi. Hehe. Eh zumal rahsiakan ek. Ok rahsia tetap rahsia. 

Setelah selesai semua baru zumal nak cerita apakah cabaran sebenar dan komitmen yang zumal cuba atasi. Doakan yer kawan2... Tata titi tutu...

P/s Alhamdulillah sakit tak menggugat puasa zumal...

Korang prihatin, klik dibawah yer ^_^

Comments

  1. ape yg rahsia sgt ni zumal..huhu..moge sukses ye..n moge cpt sembuh :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segalanya & cepat sembuh ye Zumal... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Kite klik :) Semoga cepat sembuh.. kerja tu kerja tapi jaga kesihatan ye :)

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh abang zumal.. chayok chayok! ^___^

    ReplyDelete
  5. kerja tu kerja jugak, kesihatan jangan lupa..

    rajinnyaa buat kuih!! =D

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segalanya ..Moga Zumal cepat sembvuh ..InsyaAllah ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts