DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Di sini lahirnya sebuah cinta, itulah tema kemerdekaan ke 57 tanah air kita. Saban tahun zumal terlibat dalam perbarisan hari kemerdekaan. Kalau masa sekolah sampai kat U zumal join perbarisan dalam kontigen pengakap tapi bila dah kerja nie zumal join kontigen JKM la pulak sejak tahun lepas. 

Petang semalam zumal bersama beberapa orang rakan sekerja diberi taklimat tentang perbarisan kemerdekaan. Pada tahun nie ada tiga kali raptai. Macam tahun lepas sekali jer. Raptai adalah pada tarikh 27, 28 dan 29 Ogos 2014. Kali nie rasanya kontigen JKM Perlis lebih ramai daripada tahun lepas. Kat bawah nie zumal kongsikan sekitar taklimat semalam. Semua yang hadir nie adalah semua yang belum pernah terlibat dalam perbarisan. Bagi mereka yang dah pernah melibatkan diri dikecualikan dari taklimat kerana yang lain akan diberi taklimat penuh pada 28 Ogos 2014.
En. Syaffrey dan Zamila tengah bersedia nak beri taklimat 

Tekun mendengar

Aik kena tabik spring ka?


Baru perasan ada kamera yer 

Zamila dan Akma sempat nak minta zumal ambil gambar  
Taklimat ringkas nie diberikan oleh En. Syaffrey dan Zamila. En. Syaffrey ketua kontigen kami dan Zamila nie jurulatih kawad kami. 

Entri nie adalah entri yang dah diautopublish. Bagi semua yang sudi berkunjung ke blog zumal terima kasih zumal ucapkan. Nantikan zumal bayar hutang berblogwalking yer. Tata titi tutu.

Kepada yang rajin sila la klik link-link di bawah. Satu klik pun cukup bermakna. Terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular Posts