Segmen Nostalgia Aidilfitri 2014 by Mawar Putih
Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...
![]() |
Klik Untuk Join |
Kehangatan Syawal masih lagi terasa kan? Maklum la rumah terbuka pun masih ada. Disebabkan tu zumal nak abadikan kisah raya zumal dalam segmen nostalgia aidilfitri 2014 ini. Terima kasih buat Pha Is kerana tag zumal dalam segmen ini...
Bagi zumal sambutan raya zumal biasa-biasa saja. Ia amat berbeza sejak zumal kehilangan arwah tok wan. Walaupun semasa arwah masih ada, ada ketika zumal tak beraya bersama ayah dan mama serta adik-adik. Bagi zumal, suasana itu biasa sahaja. Tapi bila tanpa tok wan, kisah raya zumal bagaikan sepi sahaja. Zumal sendiri tak usaha pun untuk bersiap untuk raya. Itulah raya zumal kini. Tahun ini ayah dan mama turut tidak pulang beraya. Zumal hanya beraya dengan tok pada suasana malam raya dan pagi raya. Tak semeriah dulu.
Hampir tengah hari 1 Syawal barulah sanak saudara zumal datang. Mulanya datang keluarga Pak Lang selepas itu keluarga Pak Long. Meriah tu mula berbunga. Tapi petang kembali sunyi. Yang dinanti tetap tiada. Syawal ketiga zumal mula kerja, petang itu keluarga Mak Su pula pulang beraya. Hampir empat tahun tidak berjumpa. Mereka berada di Perlis selama tiga hari. Terubat rindu. Akhir minggu pertama raya keluarga Mak Anjang pula singgah beraya. Zumal rasa bersalah pada tetamu zumal kerana sambutan zumal untuk dorang tak seberapa lagipun mereka terpaksa pula menanti zumal pulang dari ofis. Kesian dorang tertunggu-tunggu.
Jumaat lepas zumal bawa tok pulang ke kampung halaman tok di Bagan Serai, Perak. Moga dengan ini tok rasa sedikit gembira dapat beraya bersama adik-beradiknya.
Gambar? Kali nie zumal full time kat dapur menyiapkan juadah untuk para tetamu yang datang. Jadi tak berkesempatan nak bergambar. Cukup la kenangan tu terabadi di dalam hati kami sekeluarga...
Di bawah ni zumal kongsikan gambar kenangan raya pada tahun lepas untuk tatapan semua.
Walaupun raya tahun nie tiada gambar tapi Alhamdulillah kebanyakan ahli keluarga berjaya dikumpulkan bersama. Harap-harap di masa akan datang kita dapat berkumpul bersama dalam satu masa yang sama. Insha Allah...
Lupa pula nak tag, ok kat sini zumal harap insan yang berikut sudi turut serta... Terima kasih ^_^
Di bawah ni zumal kongsikan gambar kenangan raya pada tahun lepas untuk tatapan semua.
![]() |
Zumal bersama ayah, mama dan adik2 |
![]() |
Zumal bersama tok |
Lupa pula nak tag, ok kat sini zumal harap insan yang berikut sudi turut serta... Terima kasih ^_^
Selamat bersegmen Zumal
ReplyDeleteSelamat bersegmen ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah pagi Zu Mal..selamat bersegmen dan semoga berjaya..
ReplyDeleteselamat bersegmen & good luck zumal...^_^
ReplyDeletegud luck..selamat bersegmen
ReplyDeletegood luck, zumal
ReplyDeleteselamat hari raya :)
all the best Zumal.
ReplyDeleteSelamat bersegmen Bro Zumal :)
ReplyDeletegood luck zumal
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi join Segmen Nostalgia Aidilfitri by Mawar Putih. Jangan lupa blogwalking dan check link anda di senarai peserta..=)
ReplyDeletehttp://whiteroses2013.blogspot.com/p/senarai-peserta.html
all the best ^__^
ReplyDeletesinggah sini dari segmen yg sama..
ReplyDeleteSlmt bersegmen.. T kasih tag Zumal. In shaa Allah akan join.. :)
ReplyDeleteSelamat hari raye zumal. Saya join jugak segmen ni...jemput bace ye :D KLIK
ReplyDeletesinggah dari segmen yang sama
ReplyDeletehttp://eurukaseven.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by.html