THE VERSATILE BLOGGER AWARD

Assalamualaikum dan Salam Merdeka buat semua. Alhamdulillah kini baru berkesempatan menyahut seruan Cik Nadyya dan Cik Mimie yang tag zumal dalam segmen ini. Seronoknya rasa macam dapat award tau. Hehe. 

Untuk ketahui syarat-syarat segmen ini korang boleh rujuk sini. Boleh dak buat camtu? Segan betoi zumal nie kan. Secara ringkas dalam segmen nie zumal perlu cerita 7 perkara tentang diri zumal dan perlu tag 15 orang blogger. Satu cabaran besar nie. Hehe.

7 Things About Me

1. Senyum
Kalau korang nak kenal zumal senang ja, zumal nie orang yang suka senyum. Kalau dok nampak gigi tersenyum tu zumal la.

2. Pendiam
Bagi orang yang tak kenal mungkin anggap zumal sombong tapi kalau korang dah lama kenal baru korang tau zumal nie pendiam dengan orang yang zumal tak kenal ja. Kalau dah kenal sampai esok sembang pun tak habis.

3. Bisnes
Bagi kawan-kawan yang kenal zumal. Korang mesti tahu yang zumal nie berniaga macam-macam. Sejarahnya bermula sejak darjah 6 lagi. Masa tu zumal dapat hamper sempena hari perpaduan rasanya. Dalam hamper tu banyak snek dan gula-gula. Nak makan pun tak semua zumal suka jadi petang tu zumal try buka meja depan rumah. Buka meja nak jual la. Laris kot. Lepas tu zumal mula lebarkan sayap perniagaan dengan buat ais krim Malaysia pula. Hari-hari dapat duit, jadi zumal terus berniaga hingga rumah tu jadi macam kedai. Sejarah bisnes pula zumal pernah buka cyber cafe, buka warung nasi campur, jual nasi lemak, kedai aksesori wanita, jual kuih, kurma dan macam-macam lagi. Tengok la kerana minat tetiba jadi panjang ulasan zumal.

4. Kulit Sensitif
Zumal nie ada problem sikit bab kulit nie. Zumal tak boleh pakai sebarangan produk kerana kulit zumal mudah mengelupas. Misalnya pencuci mula, syampu dan minyak rambut. Kalau habis kena beli yang jenis tu saja kalau pakai jenis lain maybe mengelupas kulit nie.

5. Demam
Zumal sejak kecil selalu demam. Tak tahu la apa sebabnya. Tapi kalau makan ubat memang akan cepat lega.

6. Cucu Tok Wan dan Tok
Zumal nie memang rapat dengan arwah Tok Wan dan Tok. Dari kecil tinggal dengan dorang. Sampai sekarang kalau zumal berjauhan dengan tok mesti tengah malam menangis tau. Ops pecah rahsia.

7. Kucing
Zumal suka bela kucing. Tapi kekadang akan jadi hulk bila kucing cari pasal tapi lepas tu kami baik balik. Hehe.

Nak tag sapa yer?
1. Khir Khalid
2. Abah Zuki
3. Cik Nor
4. Jia Razia
5. Zizie
6. Mamaniza
7. Ayue
8. Cik Akak
9. Yumida
10. Akif Imtiyaz
11. Tasha Aqisha
12. Fiza Aizzawa
13. Yun Sing
14. Mama Amir
15. Kisah Si Dairy 

Comments

  1. thanks sbb sudi jawap ye.

    jadi hulk? bahaya ni. hehe :p

    ReplyDelete
  2. Gimme ten !! Sha pun suka kucingggg !! manja dengan arwah opah... hewhew

    ReplyDelete
  3. senyum itu sedekah :)
    wah da tau sikit pasal bro zumal. hehe

    ReplyDelete
  4. T kasih sudi tag Zumal.. All the best ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Yeaayhh! Bro Zumal dah jawab dah..terima kasih :-)

    Cik Mimie pun suka kucing jugak :-)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tag...nnt mama reply yer...tgh cuti ni..hihi

    ReplyDelete
  7. Baru syok-syok baca sampai akhir.., oops.., kena tag ^^" Mohon bersabar ya.. heh heh xD

    ReplyDelete
  8. Hehe... Tak wajib untuk buat entri nie Yun Sing ^_^

    ReplyDelete
  9. Oh! Abah ditag plak. x pa..nanti abah akan jwb semua soalan maut zumal tu...tp lewat sikit la sbb tgh bz dgn menanda kertas exam trial spm ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts