BUKAN MIMPI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni bukan UFO, bukan alien, bukan mimpi, bukan mistik, bukan entri auto publish, bukan nak naikkan seo. Merepek kejap.

Tengah sedap tidur tetiba dikejutkan bunyi tapak kaki berlari. Memang zumal pasti sangat bunyi tu. Terutama kalau lari guna sliper jepun. 

Selalu kalau perkara berkaitan mistik memang zumal ada rasa sesuatu macam takut dan meremang bulu tengkuk nie tapi kali nie tak macam tu. Tak rasa takut. Zumal pasti itu orang. Apa yang orang berniat nak buat tu zumal pun tak tau. 

Kalau ikut sejarah, memang zumal pernah alami dikhianati. Maklum la dorang bergeng kita sorang2 jer. Pernah dulu rumah disimbah cat kuning tapi bukti tu dilupuskan oleh pengkhianat tu sendiri. Tengah hari ada cat penuh ruang letak kenderaan tapi pada malam tu zumal pulang kesan tu dah dibasuh. Kalau masih ada kesan tu memang zumal nak tangkap gambar dan buat laporan polis. Tapi bukti besar dah dilupuskan. Mengikut maklumat sorang rakan yang kebetulan melalui lorang hadapan rumah ada beberapa orang perempuan basuh lantai kat rumah zumal petang tu. Dia ingatkan zumal upah orang cuci rumah. Lagi pun masa tu tok ada di Perak. Memang macam2 dorang buat.

Satu lagi tong sampah zumal pernah hilang. Rupanya duduk dalam longkang besar seberang lorong rumah zumal. Angin. Kalau angin kenapa tong sampah zumal jer dipukul angin sedangkan zumal dan jiran kembarkan tong itu dan sudah pasti tong dia berubah kedudukan atau jatuh. Fakta lagi tong yang diterbang angin adalah mustahil dapat melintasi halangan seperti pohon mangga sebelum longkang besar tu. Zumal pasti kerja tangan nakal.

Zumal juga pasti siapa yang mastermind dalam kes-kes terbabit. Dia bekas rakan kongsi perniagaan zumal yang juga j**** zumal. Memang pasti. 

Ok lah setakat tu la zumal nak berleter untuk isi masa sebelum mata kembali mengantuk. Kucing zumal pun dah tidur semula. Kalau la nightmare sudah pasti kucing tak bangun sama ini mereka pun terjaga terkejut. Fakta kes tu. Nasihat buat korang, pastikan korang pilih kawan yang betul. Kekadang ada kawan makan kawan. Hati-hati k. Bukan mencari glamer, bukan kejar seo, ini kisah benar yang zumal rasa perlu dikongsikan. Bye bye korang. Jom tidur.

Comments

  1. Zumal pun hati2 laa jugekkkk... kawan yang mau tikam ni ramaiii...

    ReplyDelete
  2. assalam berhati-hati jaga diri zumal...musuh ni sukar nk dikesan depan kata baik, manis jer...

    ReplyDelete
  3. seram plak kisah zumal ni.. zumal hati2.. org zaman skg mcm2 die leh buat.. lg truk guna dukun.. adoyaii..

    sgt myakitkan hati bila kawan mkn kwn..

    ReplyDelete
  4. Macam2 jenis manusia ni.. Ada jer yang busuk hati.. Kerja nak mempedajal orang.. Hati2 lah ye Zumal..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. Banyakkan berdoa Zumal.. Allah pasti melindungi.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. hati2 bro. orang sekarang banyak dah gila.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts