HISTORICAL OF ALIEN IN MALAYSIA PART 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari nie zumal nak singkap kisah penduduk Ipoh dikejutkan apabila terlibat satu objek yang didakwa UFO berwarna merah kuning berlegar-legar di udara sekitar rumah di Lim Garden lewat petang 21 Mei 1999.

Kerani wanita yang bertugas di IPK Perak, Salmah Hashim, 40 tahun (ketika itu) berkata dia dan anaknya Nadia Mohamad, 12 tahun (ketika itu) melihat objek berkenaan terbang ketika tiba di kawasan rumahnya kira-kira pukul 7 petang.

Katanya Nadia terlebih dahulu melihat objek berkenaan sedang berlegar-legar, lalu memberitahu kejadian pelik yang dilihat itu kepadanya. 

"Saya baru sahaja balik menjemput Nadia dari kelas tambahan dan apabila tiba di halaman rumah, anak saya memberitahu dia melihat satu objek berwarna merah kuning berlegar-legar diruang udara kawasan sekitar. Saya juga melihat objek itu, tapi saya sangkakan ia helikopter, namun apabila saya tengok betul-betul, ia bukan seperti yang saya sangkakan kerana tidak berbunyi," katanya kepada wartawan.

Menurut Salmah, dia bersama anaknya itu hanya melihat objek berkenaan berlegar-legar selama beberapa minit sebelum ia tiba-tiba hilang dari penglihatan.

Nantikan koleksi zumal seterusnya hanya di sini.

Comments

  1. merah kunig..seperti warna bendera selangor je..bulat ke bujur bentuknya..salaaa sambung lah pulak hikss

    ReplyDelete
  2. wah...zumal tengah bermisteri nih...cepat2 sikit yer sambungnyer...^_^

    ReplyDelete
  3. 1999? xsilap umo time tuu nadyya baru darjah 1..hehe

    pehh merah kuning ek :)

    ReplyDelete
  4. Hehe. Darjah 1 yer. Zumal form 3 masa tu ^_^

    ReplyDelete
  5. merah kuning tu cahaya lampunya kot ...

    ReplyDelete
  6. hehe. seronok baca cerita alien :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts