HISTORICAL OF ALIEN IN MALAYSIA PART 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dalam laporan akhbar 22 Mei 1999, beberapa lagi penduduk Baling melihat sebuah UFO melintasi ruang udara kawasan mereka pada Ahad dan Khamis minggu sebelum itu.

Bentuk objek itu sama dengan lakaran dalam akhbar Utusan Malaysia. Penemuan objek itu menggemparkan. Ia berlaku berlarutan di beberapa negeri.

Rokiah Ali (Pembantu Tadbir) 48 tahun (masa itu) berkata objek itu sama dengan lakaran akhbar. Objek itu dilihat terbang rendah di udara ketika beliau memasak sarapan di luar rumah jam 5.15 pagi di Alor Mengkudu pada 16 Mei 1999.

Pekerja Jabatan Akauntan Negara itu berkata UFO itu mempunyai cahaya hijau kebiruan dan cahaya merah di ekornya. Bunyinya tidak bising.

Di Baling, beberapa penduduk melihat UFO cuba mendarat dan naik semula dengan laju berhampiran pekan baru Kupang Khamis minggu sebelum itu.

Mohd Rosdi Abdullah 34 tahun (masa itu) UFO itu dilihatnya bersama rakan-rakan ketika bermain bola sepak di padang pada 6.30 petang.

Satu kilauan bagai kilat menyambar menyebabkan mereka berbaring untuk selamatkan diri katanya.

Beserta kilat, mereka jelas nampak UFO cuba mendarat dan terbang semula ke atas serta berlegar-legar di udara kata Rosdi. Beliau yakin UFO itu ingin melakukan pendaratan di situ.

Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan kisah seterusnya jam 8.00 pagi esok.

Comments

  1. Assalamalaikum Zu Mal....wahh....dah part4 yer....hehe

    ReplyDelete
  2. pehh mcm dalam cite kartoon plak..huhu

    ReplyDelete
  3. macam dalam movie plak rasa.. Ada lagi tak part lain? Hehe.. Makin menarik pulak kisah alien ni..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. Bentuknya seperti sebuah blimp.

    ReplyDelete
  5. Panjang tul cite ufo ni dh masuk part 4 :-)

    ReplyDelete
  6. semua nak pukul 8 pg je. hehe.

    ReplyDelete
  7. Pukul 8 pagi tu alien baru start kerja. Hehe ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts