KAWAH GANJIL TERBENTUK DI TANAH MERAH

Seorang pemuda, Raja Andra berani turun ke dalam pembentukan kawah berbentuk Y di Kampung Gobek, Tanah Merah Kelantan.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua. Jangan terlopong luas2 bila baca tajuk tu yer. Kejadian ini berlaku pada 6 Mac 2000. Kiranya ini koleksi terakhir yang dapat zumal kongsikan kerana koleksi lain hilang entah ke mana. Maybe ada alien curik kot. 

Pembentukan kawah ini dipercayai adalah kesan pendaratan UFO. Tetapi kenyataan ini disangkal oleh Jurutera JPS yang menyatakan ia terjadi disebabkan perubahan aliran air selepas tali air yang pernah dibina pada tahun 1983 diabaikan dan tidak diselenggaraan pihak berkuasa.

Wartawan difahamkan bahawa Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kelantan akan dihantar untuk menyiasat kejadian itu. 

Penduduk kampung mendakwa UFO dilihat mendarat di kawasan itu jam tiga pagi dan mengeluarkan cahaya yang sangat terang. 

Sejak berita ini tersiar di akhbar, kampung itu menjadi tumpuan bagaikan pesta. Kawasan itu dipenuhi kenderaan dan orang ramai malah ada gerai makanan dan minuman diwujudkan. 

Walaupun perkara ini dah lama berlaku tapi zumal akan selidik keputusan yang dibuat oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kelantan jika ianya dapat diakses. Zumal juga akan siarkan rumusan berkaitan perkara ini yang telah zumal tulis pada tahun 2005. Sekian, selamat berehat semua...

Comments

  1. salam ahad...kisah ufo ni mmg jadi perhatian ramai...

    ReplyDelete
  2. heheheh tk pernah dengar pon...
    biase lah ayu bab2 cmni mmg lemah sikit

    ReplyDelete
  3. pehh. da mcm wartawan dah zumal ni. kehkeh

    ReplyDelete
  4. Zumal suka kalau jadi wartawan... Jadi penyiasat pun ok. Cam detektif Conan ^_^

    ReplyDelete
  5. pehh detektif conan tuu..hehe nadyya minat cite kartoon tuu.. :D

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni cerita pasal Dajjal dan Alien betul betul menarik perhatian masyarakat.

    ReplyDelete
  7. hai peminat alien. hehe. terbaik r bro :)

    ReplyDelete
  8. betol ke ada UFO ni? pelik juga kt US pun org nampak

    ReplyDelete
  9. Sesuatu yg kita perlu tahu tu Zumal... misteri...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts