KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN 2

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Pertama sekali zumal mohon maaf kerana ini bukan sinopsis kisah Indah Halina musim kedua. Ingat ke tidak? Kerana Terpaksa Aku Relakan pernah top dalam slot Akasia TV3. Zumal pinjam tajuk jew. Boleh yer?

Berkaitan tajuk tu zumal nak kongsi perasaan yang berkecamuk dalam diri zumal nie. Tapi zumal tiada niat untuk mengata, mengumpat atau mengutuk cuma sekadar meluahkan rasa.

Berbelit tak ayat zumal? Ok zumal bukakan ikatan simpul tu agar tak terbelit lagi. Semua kerana kerja sebenarnya. Kerana Terpaksa Aku Relakan lagi, terpaksa bekerja di tempat sekarang nie kerana komitmen zumal yang besar. Tapi kalau ada peluang *tak hingin* kerja lagi. Zumal nak jadi blogger sepenuh masa jew. 

Masih terbelit kan? Nak kata salah, tak kata serabut hingga memigrainkan kepala nie. Ofis zumal ada group whatsapp, zumal hanya jadi silent reader jew. Tapi semalam ada berlaku kes bencana, ayat2 yang dilontarkan oleh mereka kat group tu macam tersangkut juga dengan kerja2 zumal. Kalau betul perlukan bantuan zumal jangan ler duk cakap belakang. Cer contact zumal confirm zumal pergi tapi mereka harus la faham situasi orang lain sama jangan hanya kata belakang.

Hari Khamis zumal EL dan hari Jumaat zumal dapat MC kerana masalah kesihatan. Jadi hujung minggu camni zumal gunakan untuk pulihkan semula kesihatan nie. Kalau terpaksa zumal sanggup turun tolong tapi cer contact terus jew kalau orang yang anda maksudkan tu adalah zumal.

Ada faktor tertentu yang zumal tak sukarela pergi kerana masalah hujan lebat, mata yang tak nampak malam2, kesihatan tu semua tahu, tok yang takut duduk sorang kat rumah. Faktor lain, bukan nak berkira tapi memang kalau zumal turun padang luar masa ofis memang tak dapat claim apa-apa sebab zumal staf sambilan jew. Tu sebab zumal jadi silent reader jew. Biar orang-orang tetap yang sihat pergi tolong yer. Zumal bukan tak pernah tolong kerja luar masa ofis, kerap juga jadi jangan anggap zumal berkira. Sini tempat nak luah rasa dan mohon pendapat kekawan jew. Zumal nie patut ke tidak buat macam tu ???

Comments

  1. berwhatsup ni kdgkala menyakitkan hati juga kan...sabarlah zumal kita lebh kenali sifat diri kita drpd org lain..

    ReplyDelete
  2. Hehe... Sikalang sudah ale senyum ^_^

    ReplyDelete
  3. kekdang susah kita nk buat semua org puas hati..selagi kita rsa apa yg kita buat 2 betul..teruskan jer..tpi rsanya klau ada yg xpuas hati suppose bgitau la depan2..xpyah nk mngata belakng..huhu..

    ReplyDelete
  4. btl kata timm bill.. susa nak puaskan hati smua orang.. asyik kite je jaga hati.. susa jugak..huhu

    Nadyya tag zumal again ;)
    http://loveneddy.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

    ReplyDelete
  5. Betul la tu Timm dan Nadyya. Thanks sebab tag zumal... Bak kata Mimi dalam Upin Ipin 'saya suka, saya suka'

    ReplyDelete
  6. Yang mengata belakang tu yg tak sedap tu. Lagi paneh la hati nanti.

    ReplyDelete
  7. hmm.. saya pun biasa jadi silent reader je... manusia kan... kita dah buat sungguh2 pun ada je yang x kena juga.. xpe, yang penting niat kerana ALLAH. asalkan ALLAH tahu kita dah buat yang terbaik, itu cukup...

    ReplyDelete
  8. Salam singgah kejap di sini Zu Mal...bnyakkan bersabar yer Zu Mal...

    ReplyDelete
  9. singgah malam
    nanti kalau tak berkira orang pijak kepala pulak...
    bersbar jela zumal

    ReplyDelete
  10. sabar ye zumal. Macam tu la asam garam kerja. Zumal kena cepat cepat cari cara supaya boleh dapat duit dari blog. Sama ada jadi pengedar Shaklee ke, jadi dropship agent ke. Lepas dah kukuh Zumal berhenti je kerja tu.

    ReplyDelete
  11. Isgph ish ish mmg x leh elak kan mesti ada jgk org mcm tu x puas hati sabar lah ye

    ReplyDelete
  12. tak patut la dorang buat macam tu. patutnya dorang kena la tau balik bidang tugas masing2. takpelah bro. sabar jela. Allah maha mengetahui. moga terus kuat berjalan menghadap karenah birokrasi.

    ReplyDelete
  13. ada masalah juga kalau dlm whatsapp group ad org kata mcm2. selalu la juga jd silent readers.. reply apa yg patut ja

    ReplyDelete
  14. Saya paling tak suka org yg lazer tp kata2 belakang ni.. Hati org mcm tu hitam walaupun manis dengan senyuman & sopan santun hhmmm... Mmg tak suka lah org mcm tu...

    ReplyDelete
  15. Dia memang mulut manis, selalu senyum. Cakap depan memang baik, tapi dalam whatsapp dia la batu api,memanaskan telinga, memecah belah warga kerja. Sampai sorang kawan dia yang gred bawah sikit dari dia tukar jabatan setelah terkilan selalu dihentam dalam mesyuarat termasuk dimalukan. Luar balik mesyuarat lembut gigi dari lidah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts