LIEBSTER AWARD PART 9

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Liebster Award telah kembali kat blog ini. Kali ini zumal telah ditag oleh Cik Nadyya, rakan blogger baru zumal. Jom terjah blognya DI SINI. Mari baca Q&A kat bawah nie...

1. 5 fakta tentang diri anda
i. Senyum
ii.Ketawa tak hingat dunia
iii.Mudah terasa
iv.Lelaki yang mudah menangis.
v. Mudah mesra bila dah kenal.

2. Pandai masak tak? Suka masak apa?
Masak tu tak la pandai sangat tapi boleh la. Zumal suka masak nasi goreng, spaghetti dan apa2 saja resepi baru yang zumal rasa ohsem. Suka mencuba.

3. Tempat yang paling anda ingin lawati / kunjungi suatu hari kelak? Dan kenapa?
Teringin pergi Mekah, tak kisah la untuk haji atau umrah.
Kalau melancong tu teringin pergi Jepun, sebab zumal minat sangat kartun Jepun dan watak2 superhero Jepun tu. Zumal belajar membaca pun dari minat mendalam dengan kartun Doraemon.

4.Da kawen belom? Target kawen?
Belom ler. Target tu pun tak ade sebab zumal tak nak mengharap... #KelabBujangLapok #KelabBujangTerlajak

5. 3 blogger yang wajib korang follow? *kira inspirasi laa*
i. Denaihati
ii.Ben Ashaari
iii.Bin Muhammad

6. 5 orang yang anda percaya dan sayang selain ibuayah dan adik beradik.
i.Arwah Tok Wan
ii.Tok
iii.Mak Cik
iv. Mak Lang
v. Faizul

7. Hadiah paling best paling sweet anda pernah terima?
Zumal nak cerita sikit nie. Hadiah masa kecil. Zumal masih ingat time sekolah rendah dulu kalau arwah tok wan pergi pekan mesti dia balik dengan hadiah untuk zumal. Yang sweetnya bukan hadiah tapi cara tok wan nak beri tu, selalu tok wan beli mainan atau komik doraemon jer. Tok wan tak bagi terus tapi dia cuma bagitau je dia beli sesuatu pastu zumal akan carilah di sebalik pintu, atas beranda, atas rak atau belakang tv. Bila jumpa rasa seronok sangat. Cara tu la buat zumal terkenang sampai sekarang. Cerita ni pun rasa macam nak nangis tau...

8. Favorite quote?
Dare to fail

9. Kisah yang paling sedih dan buat anda down sangat sangat?
31.12.2010 jam 2.00 pagi arwah tok wan pergi buat selama-lamanya. Zumal rasa macam dah hilang segalanya. Sejak kecil arwah tok wan yang jaga zumal dan jaga makan minum zumal.

10.Ayat cepumas ni ! Korang sayang aku tak? jeng jeng jeng
Sayang sangat sangat ^_^

11.Pernah tak rasa menyampah dengan penulisan aku? * jujur ok. Hehe*
Jujur tak menyampah. Hehe...

#buat masa sekarang zumal belum tag yer. Harap Nadyya puas hati dengan jawapan zumal nie ^_^

Tips Dapatkan RM16k
Tak Perlu Begini Untuk Online

Comments

  1. Alahaiiii part paling best ! Part hadiah tu . Comellll even benda tu biasa-2 tapi value dia tu tinggi . Tambah-2 kalau org yg kita sayang yg bagi hadiah tu . Comel la style tu . Terkesan dalam hati bro zumal sampai sekarang ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu Dayah, sampai sekarang masih ingat ^_^

    ReplyDelete
  3. sweetnya cara tok wan zumal beri hadiah ... touching .

    ReplyDelete
  4. Kisah paling sedih kehilangan nenek dan datuk tersayang huhuhu sedih sangat2 ..sama la kita Zumal

    ReplyDelete
  5. part hadiah sweetnyaa.. dah dapat bayangkan.. mesti time tuu muka Zumal eksaitedd sangat kan ;)

    semoga dimurahkan rezeki dapat laa menunaikan haji dan umrah . ameen :)

    err sayang ek?haha thankss..

    err sama laa tersangat suka gelak tak hingat dunia sampaikan kene tegur dengan ayah ><

    #thanks jawap soalan2 nih yeehhh.. hehe ;)

    ReplyDelete
  6. Zumal memang suka menjawab soalan. Kekadang terlebih eksited taw...

    ReplyDelete
  7. tetiba, teringat pulak liebster award sebelum ni yang belum berjawab.. hehehe...

    ReplyDelete
  8. Menarik cara tok wan tu Zumal.. pasti menjadi kenangan manis yg akan kekal dlm ingatan... nostalgia.. :)

    ReplyDelete
  9. oh, sensitif rupanya bro zumal ni ye. hehe

    saya pun teringin nak ke Mekah. nak melawat kubur arwah abah and arwah ashu. hmm...

    awww, hadiah paling best tu sweet sangat >.< kalau saya, saya pun xkan lupa smpai bila2 :D

    ReplyDelete
  10. kehkeh. Nadyya pon law dapat jawap. feeling abes.. mcm syok sndiri pon ada ;p

    sayang sangat sangat tuu! aalhaiii ;p

    klik2 mayfair bodyline utk Zumal :)

    ReplyDelete
  11. *senyum jer* Minat Doraemon la ni? Kakaka xD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts