MAAF JIKA AKU TAK KERJA HARI INI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni bukan zumal post entri sinopsis drama slot Akasia yang baru selepas Maaf Jika Aku Tak Sempurna tapi ini adalah kisah zumal.
Tak ramai tapi lambat juga

Selfie Masa Kat Farmasi HTF

Tok pinjam kerusi guard masa nak balik 

Sempat ambil gambar tok 

Pagi tadi zumal teman tok ke hospital. Ingat hari ini zumal nak masuk ofis lepas lunch tapi keadaan kesihatan makin tak stabil. Letih dan sukar bernafas. Zumal rasa bukan hanya kerana letih tawaf dan saie kat hospital nie tapi kerana hal pepagi buta tadi tu buat zumal tidak cukup rehat. Al maklum la zumal nie sangat sensitif bukan hanya perasaan tapi juga kesihatan. Alamatnya kena cuti lagi.

Teringat banner promosi kesihatan di hospital tu suruh kita berjalan 10000 langkah sehari tapi zumal 100 pun tak terlangkah. Kalau masa scout dulu, 40km pun boleh jalan untuk cukupkan syarat kursus manik kayu. Tu pun 2 hari juga. Betul la tok wan pernah cakap jangan seksa badan masa muda nanti dah umur veteran dah tak mampu buat apa dah.

Masa kerja dengan syarikat pemborong produk timur tengah dulu selalu kena buli dengan bos suruh angkut barang selori sorang2. Katanya dia nak tolong tapi balance barang tinggal 2 kotak baru dia datang tolong. Kita nie dah 398 kotak dah angkat. Setiap satu hampir 20 kg tau. Dulu hulk dengan zumal memang macam sedara la. Cuma tak mampu angkat kereta. Kita nasihat suruh dia ambil staf untuk stor nak jimat sangat konon dia boleh buat. Lastly zumal yang berjawatan manager nie kena buat kerja gila tu. Awak jer kaya kita merana tau. Nasib la dapat kerja JKM sekarang nie.

Untuk JKM, zumal hanya boleh kata Maaf Jika Aku Tak Sempurna kerana komitmen kerja tak boleh beri sepenuhnya. 

Comments

  1. kesihatan tu lebih penting,kalau tak sihat macam mana nak kerja kan..
    baiknya cucu temankan atuk dia..

    ReplyDelete
  2. Diana pun hari ni macam kurang sihat..kepala ni dah mula berdenyut2...mungkin gara2 kemarin berjalan ke sana sini...

    ReplyDelete
  3. sibuk2 kerja pun , kita kna fkr kshtn kita jugak . mudah2 han Allah beri kita kesihatan yg sihat2 walfiat semuanya :')

    ReplyDelete
  4. Amboi, tajuk macam dah tajuk drama.. Hehe.. Hui, kena angkat 398 kotak yang berat 20 kg per box???? Macam dah bukan manager nih.. macam pekerja buruh kasar lah pulak.. Adui.. Btw, take care ye..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. Klau dh x sihat jgn pegi keje x pasal2 jatuh d opis pulak nanti. Sesekali badan perlu rehat jgk

    ReplyDelete
  6. Kesihatan itu penting...

    btw saya dan follow blog awak dan awak harap sudi follow blog saya ya :)
    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. betoi2.. kesihatan kena jaga gak zumal. nti kan nak kena jaga tok lagi..

    ReplyDelete
  8. Menjaga kesihatan tu ibadah & menjaga kesihatan org yg tersayang pula lagi besar hikmahnya... subhanallah...

    ReplyDelete
  9. sha lintas sini nak komen sebab tajuk entri zumal kelakar... hahahahhaa

    ReplyDelete
  10. semua tajuk drama ye bro. hehe. moga tok sentiasa sihat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts