MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
Assalamualaikum dan Salam Merdeka buat semua. Kepada peminat slot Akasia hari ini slot Akasia mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri hebat yang berjudul 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'.
Drama rantaian 32 episod terbitan Zeel Production yang diarahkan Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi Bahaudin ini menampilkan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shilla, Amy Mastura, Ika Nabila dan ramai lagi.
Drama ini mengisahkan tentang dua hati yang mencari satu cinta. Luqman (Fahrin Ahmad), seorang graduan luar negara, berkerja sebagai pengawal peribadi Melina (Sara Ali) dalam mengawal setiap tingkah laku Melina atas permintaan orang tuanya, Datuk Zakri (Zamarul Hisham) dan Datin Maziah (Amy Mastura).
Melina membesar di keluarga yang kaya tetapi gemar bersosial dengan rakan-rakan kolejnya, Melina selalu menghabiskan masa di kelab dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk. Namun, Melina masih mampu menjaga harga dirinya.
Luqman masih menunggu panggilan untuk berkerja di tempat yang dia mendapat biasiswa. Sementara itu, dia menolong ibu bapanya, Pak Rashid dan Mak Alia di kebun. Sarah menyimpan perasaan terhadap Luqman sejak kecil dan dia cuma akan menerima pinangan daripada Luqman.
Datuk Zakri sudah hilang sabar dengan sikap Melina dan dia mula menyekat sumber kewangan. Datuk Zakri telah berjumpa dengan kawan lamanya, Pak Rashid kerana mahu meminta tolong daripada Luqman. Luqman terkejut apabila Datuk Zakri memintanya menjadi pemandu dan pengawal peribadi untuk anaknya, Melina. Luqman menerima tawaran Datuk Zakri walaupun masih tertanya-tanya tentang tujuan sebenar Datuk Zakri.
Melina membantah dengan tindakan ayahnya. Melina menganggap Luqman sebagai orang kampung yang mahu mengambil kesempatan atas kekayaan keluarganya. Suatu hari, Datuk Zakri meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Datuk Zakri telah meninggalkan wasiat supaya Melina dikahwinkan dengan Luqman. Mampukah Luqman membuktikan cintanya kepada Melina tambahan pula dengan kemunculan Zieta yang ingin merobohkan rumah tangga mereka?
Ingin mengetahui kisah selanjutnya? Jangan ketinggalan untuk menonton Maaf Jika Aku Tak Sempurna menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3 bermula 2 September 2014. Sumber
Xdan nk tgk blk lewat...
ReplyDeleteBest cite ni ^^ Tadi episod pertama :D
ReplyDeletesory ek Zumal. font da bape nampak..
ReplyDeletepakwe nadyya belakon ni.. kene tgok drama ni.hahah
takut nak tengok sbb nnt addicted,,,hehe
ReplyDeleteWAJIB TAHU: 6 Fakta Tentang MEAL SHAKES
zumal font xnampak la. hehe.. jgn marah eh. nina tegur je :)
ReplyDeleteharini xtgk pun sbb xberapa minat pelakonnya. heee.. byk betol episodnya
drama ni nmpak menarik citernya...
ReplyDeleteSuka tengok dah separuh @ nak abis...hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah pagi Zu Mal...semalam episod pertama dah...
ReplyDeletesemalam eh citer ni start...plakon die blh than best laa
ReplyDeleteYer Ayuni. Sejak semalam drama nie mula tayang ^_^
ReplyDeleteLya suka kalau Fahrin yang berlakon
ReplyDeleteSaya mmg tak kesempatanlah nak tengok.. :D
ReplyDelete