MAI BELAJAQ BAHASA PERLIS

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Seperti yang korang tahu zumal nie berasal dari Perlis dan memang zumal menetap kat Perlis pun. 

Negeri Perlis adalah negeri paling utara di Semenanjung Malaysia dan ia bersempadan dengan Thailand. Pintu sempadan yang terkenal di Perlis ialah Padang Besar dan Wang Kelian.

Hari ini sementara masih bercuti zumal rasa nak kongsikan loghat Perlis yang zumal tahu. Zumal ni tak begitu arif loghat negeri sendiri dan pernah suatu ketika semasa zumal bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Tinggi Klang, kawan-kawan kerja bertanya asal zumal. Zumal ni bermati-matian cakap asal dari Perlis tapi dorang tak percaya walaupun zumal tunjuk bukti plat motor zumal yang bermula huruf R. Itupun masih tak percaya sampai zumal tunjuk IC. Baru dorang percaya sebab dorang cakap zumal ni tak ada loghat Perlis pun.

Ok kita terus sahaja ke kamus loghat Perlis:

-ayaq = air
-awat = kenapa, kadang-kadang orang Perlis cakap 'pasai apa' yang bawa maksud yang sama.
-cekelet = coklat, gula-gula
-carik = koyak
-cemuih = bosan
-depa = mereka
-gerek = basikal
-hang = awak, kamu
-hangpa = korang, ramai dari hang la kiranya
-habaq = beritahu
-honaq = tidak senonoh
-jeruih = jirus, siram
-ketaq = ketar
-ketegaq = ketegar, degil
-kernyih = senyum lebar
-kami = saya
-lagu tu = macam itu
-lagu mana = macam mana 
-la = sekarang
-loqlaq = teruk sangat (perangai)
-mengkala = bila
-meghela = tergedik-gedik, gatal
-merenyam = tergedik-gedik, gatal
-mai = datang
-mengkelan = tercekik
-mentekedarah = makan gelojoh
-pulun = bersungguh-sungguh
-sat = sekejap 
-tertomoih = tersungkur
-tak dan = tidak sempat 
-kucai = kacau
-celuih = padan, muat
-lut = tembus, kekadang lebih kepada kebal atau tak kena 

Untuk maklumat, loghat Perlis ni berbeza mengikut tempat. Kangar loghat agak sederhana, lebih mendalam tu di area Kuala Perlis dan Abi. Misalnya kalau bahasa di Kangar 'Lapar' disebut 'lapaq' tapi di kawasan zumal nyatakan tu bunyinya berubah sedikit kepada 'lapiaq'

Puluit = pulut
Ayiaq = air
Atai = harta
Bao = bau 
Sangkuit = sangkut
Boih = hembus, tiup
Tikiaq = tikar

Ini saja perkongsian zumal, semua ni zumal rujuk DI SINI. Kalau ada orang Perlis kat sini tolong perbetulkan jikalau ada kesalahan yer. Selamat belajar ye semua. 

Comments

  1. Dayah yang duduk penang pun , sometimes bila org cakap sesuatu perkataan pun Dayah tak paham , jadi macammm "hah ? apa tuuu?" .. Bukan semua kita paham . Tapi perlis bahasa lebih kurang kedah and pulau pinang la kan , just maybe ada slang pekat piaw perlis kut . Dayah tengok kat tv , bunyi macam dekat-2 siam sikit "nada bunyi" .

    ReplyDelete
  2. Masa belajar perlis tahun lepas, loghat org kat situ agak pekat gak. Yang penting mesti dengar perkataan 'noh' kat belakang ayat.

    ReplyDelete
  3. Tu pun ada lagi perkataan yang zumal tak tahu. Perkataan kat atas tu pun zumal tak berapa guna...

    ReplyDelete
  4. Perlis, kedah, penang, majoriti perkataannya hampir sama.. ada perkataan yang jarang guna tu, memang akan buat kita terpikir maksudnya..

    ReplyDelete
  5. satu kak nak tambah...kucai utk kacau biasanya wajik org perlis sebut pulut kucai...

    ReplyDelete
  6. Thanks Kak, zumal pun lupa yang tu ^_^

    ReplyDelete
  7. Lya tak pandai sgt sikit2 boleh la Zumal..

    ReplyDelete
  8. Zumal pun tak berapa tahu sangat ^_^

    ReplyDelete
  9. Serious suka bahasa utagha ni hehe

    ReplyDelete
  10. baru tahu Zumal org perlis.hehe

    sepupu nadya duk perlis gak.. dekat sgt dengan Padang besar.. 7min da sampai.. tp lupa nama tmpatnya..haha

    sedara Nadyya ramai duk utara.. soo paham laa jugak. bila part makcik loghat utara pekat sgt.. nt nadyya jd loading lmbat skit. hehe

    loghat kedah n perlis beza ke? mcm sama je..

    ReplyDelete
  11. Loghat Perlis Kedah rasanya sama jer. Sepupu Nadyya tu maybe tinggal kat kawasan Kaki Bukit atau Chuping kot. Padang Besar dengan rumah zumal ambil masa 40 minit. Landmark mudah rumah zumal dekat roundabout yang ada menara tu. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  12. rasanyaa chuping kot.. nadyya lupa laa..hehe
    yg nadyya perasan nk gi uma spupu byk ladang tebu..kehkeh..
    baru sekali gi uma spupu tuu.. bru kawen ngn org perlis kn..hee

    menara? xperasan pulak..haha

    ReplyDelete
  13. Owh ladang tebu tu kat Chuping. Tempat zumal kat Kangar jew ^_^

    ReplyDelete
  14. Ape beza loghat perlis dgn loghat utara....

    ReplyDelete
  15. Mungkin bunyi sebutan yang sedikit beza. Mengikut kawasan di Perlis sendiri ada perbezaan

    ReplyDelete
  16. oh , xsmpai ke kangar lg. salu smpai padang besar je..hehehe

    macam2 ada ;)

    ReplyDelete
  17. ada sikit je yg tak paham. yg word lain tu dah familiar dgr. hehe.
    cemuih - penat. kan?

    ReplyDelete
  18. Cemuih tu lebih kepada benci, tak suka tau

    ReplyDelete
  19. ada loghat kedah n penang sikit . Perlis ok lagi tapi klu loghat kelantan ... nak faham ... adeh .

    ReplyDelete
  20. Bhahaha.. ada la yang longhat utara kwot? Sebab dekat Penang ni ada yg popular juga.. ekekekeke..

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Bagi zumal, zumal faham tengah nazak atau sakit kritikal

      Delete

Post a Comment

Popular Posts