NAMPAK SANGAT MACAM BEBUDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berkaitan entri yang sebelum nie. Tak nak link kan nanti korang scroll la yang mana satu. Haha. Gelak jahat

Kita nie sepatutnya fikir dulu sebelum nak katakan sesuatu. Zumal tak pun. Zumal hanya menumpang teduh jew. Kata-kata tu melambangkan siapa diri kita. Tambah pula kalau kita nie orang nombor dua dalam sesebuah organisasi. Sebagai orang yang ada kuasa dalam organisasi patut jaga sensitiviti dan hubungan dalam organisasi. Bukan kita pula menjadi batu api memecahkan organisasi kita. Nampak sangat ketidakmatangan kita dalam mentadbir. Zumal nie lain, hanya menumpang dan bukan yang utama dalam organisasi tu. Zumal hanya picisan.

Kalau kita perlukan khidmat orang lain, kita kena berbudi bahasa. Jangan tiru zumal. Hormat la yang lebih tua walaupun kita superduper besar pun. Walaupun kita kaya atau besar camne pun. Bila mati kita perlu orang lain juga untuk uruskan jenazah kita. Lain la kalau kita lumat dibom atau ditelan paus.

Kalau korang tanya apa dia cakap baru zumal jawab. Haha Gelak memang jahat.

Comments

  1. sabar ye zumal. Allah tengah uji kesabaran Zumal tu.

    ReplyDelete
  2. mcm2 hal orang zaman skrg ni.. sabar ya zumal :)

    ReplyDelete
  3. ok tau entry yang mane..
    hehehhe sabar jela zumal..
    dugaan hidup

    ReplyDelete
  4. terpaksa menghadapi kerenah org atas ni mmg biasa la zumal ... sabar ye .

    ReplyDelete
  5. Nadyya tahu entry yg mane!!! hehe nadyya kan stalker zumal berjaya.. err berjaya ke.. hahah sabar ye zumal.. ^_^

    ok,ok nadya tanya ni.. nadyya scroll keatas xde lak org tnya.. soo bia nadya tanya.. apa die cakap kt zumal tuu?:)

    ReplyDelete
  6. Singgah kejap di sini Zu Mal...bersabar dalam mengatasi segala dugaan...

    ReplyDelete
  7. sabar separuh daripada i..man.... hihi... kalau kita boleh guling sendiri masuk liang lahad takpe jugak kan zumal? :)

    ReplyDelete
  8. Zumal tak dapat tutup whatsapp kerana zumal guna untuk berhubung dgn customer. Terima kasih kpd Nadyya sebab jadi stalker yang berjaya. Antara ayat dalam whatsapp tu
    1. Mana tauke stor tak timbul2 nie
    (Dia tuju kpd pegawai atasan zumal yg tiada whatsapp)
    2. Saya dah ada di ofis, tapi stor tak buka pun lagi, kenderaan jabatan penuh di garaj tapi satu pun tak boleh pakai
    3. Jangan lupa bawak hammer
    4. Kalau tak buka juga kita bom stor sampai pecah
    Ayat nie zumal edit sikit bagi ada ketatasusilaan dan kesopanan
    Hehe. Dorang tau pegawai zumal tak tahu whatsapp2 tu jadi tujuan dia confirm untuk zumal tapi tak mention pun. Zumal pun saja baca ja dan buat tak tahu sebab zumal ingat tak urgent sebab zumal tak terima sebarang panggilan dr mereka. Dulu2 boleh pulak call. Hujan pun tengah lebat. Zumal ada motor jew. Kalau whatsapp pun dalam group ja. Kalau dorang whatsapp secara personal rasa lagi bagus sebab kita masa cuti nak gak buat hal sendiri tak kan nak scroll semua post mereka kat group tu selalu banyak post merepek ja.

    ReplyDelete
  9. sabar la zumal.....in shaa allah ada bahagian masing2 nnt...

    ReplyDelete
  10. alahai.. ni baru group whatsapp. kt luar xthu la cmne.. ckp bek2 kn snang xyah la perli2 gitu.. hadoii..

    sabar jelaa ekk.. nk tutup mulut org memang xleh kan..

    group whatsapp gituu laa.. buat penuh noti je..huhu

    ReplyDelete
  11. Zumal sebenarnya terkilan dengan dorang tu...

    ReplyDelete
  12. Sabarlah Zumal... jngn meletup mcm bom nuklear tu eh.. :) :)

    ReplyDelete
  13. Situasi tu buat zumal sedikit beremosi. Hari tu pasal perbarisan. Raptai tak pergi lepas tu buat cakap pandai lak. Patut la tak pernah menang. Mungkin jodoh dengan JKM dah sampai akhirnya.

    ReplyDelete
  14. Hampir meletup dah pun. Baca whatsapp sampai menggigil dan migraine...

    ReplyDelete
  15. Nadyya pon da xthu ckp cmne.. sabar jelaa..

    ehh nadyya baru perasaan gmba last ni.. semalam line lambat.. xdpat tengokk.. relek zumal.. jangan meletup2 ye.. hehe

    ReplyDelete
  16. Gambar tu zumal saja ja letak sebab dia cakap nak bom. Pagi nie rasa lega sebab tak masuk ofis. Zumal pergi pertandingan akhir pantun...

    ReplyDelete
  17. hehe. zumal masok pertandingan ke? wahh. nt share2 la kat blog ni ;)

    ReplyDelete
  18. Zumal wakilkan jabatan untuk menonton aje la ^_^

    ReplyDelete
  19. makin menjadi2 ye bro. sabar jela.

    ReplyDelete
  20. Dia nak bom stor yang zumal jaga sebab zumal tak ada kat sana pukul 1.00 pagi tu dalam hujan lebat.

    ReplyDelete
  21. Dasyat tul staff di tempat keje Zumal tu main bom mengebom je dorang nih

    ReplyDelete
  22. Kekadang memang ada rasa macam ni.. tapi cuba positifkan diri.. confident sikit :) Jangan label diri sebagi nombor 2 terbaik.. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts