PROGRAM MUHIBAH @ PAWE NEGERI PERLIS

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Pada hari ini Program Muhibah @ PAWE diadakan di seluruh Malaysia. Manakala di Perlis program ini dijalankan di Pusat Aktiviti Warga Emas yang terletak di Rumah Seri Kenangan Dr Siti Hasmah, Jejawi Perlis.

Program Muhibah @ PAWE ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kewujudan PAWE di seluruh Malaysia. Program bermula sejak pukul 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik oleh warga emas. Selepas minum pagi program diteruskan pameran oleh agensi kerajaan seperti LPPKN, JPW, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kesihatan dan JPJ. Selain itu program gotong-royong turut dijalankan bersempena Muhibah @ PAWE ini.
Program dimulakan dengan senamrobik

Semangat warga emas bersenam

Penguasa RSK En. Manab di booth Jabatan Kesihatan

En. Fadhli menjalani pemeriksaan di booth Jabatan Kesihatan

Boleh buat kad pengenalan baru di booth Jabatan Pendaftaran

Kaunter Pendaftaran Ahli PAWE 

YB Azmaiza singgah di booth Jabatan Pendaftaran

En Fadhli dan En Zaki meninjau booth JPW

Gotong-royong oleh para sukarelawan
Program turut dihadiri oleh YB Puan Azmaiza Ahmad yang kemudiannya menyempurnakan pelancaran program. Puan Norsuyani Mohd Noor turut hadir mewakili Pengarah JKMN Perlis bersama En. Abdullah Ali mantan Pengarah JKMN Perlis yang kini Pengerusi PAWE Perlis.
YB Azmaiza semasa memberi ucapan perasmian

Para tetamu yang hadir

Setelah melancarkan program Puan Norsuyani dan En. Abdullah mengiringi YB Azmaiza Ahmad melawat PAWE Perlis untuk melihat aktiviti yang dijalankan di PAWE.
YB Azmaiza Ahmad (kiri) turut bermain congkak bersama warga emas di PAWE 
Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan disamping dendangan lagu karaoke oleh warga emas. Semua bersurai lebih kurang jam 1.00 tengah hari.

LATAR BELAKANG PAWE

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim Rumah Orang-orang Tua tidak lagi dibina dalam RMK-11 dan PAWE bakal menggantikannya. Keputusan ini dibuat bertujuan menggalakkan anak-anak mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah tua.

Pada Mac 2013 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Perlis telah mendapat geran secara One-Off sebanyak RM80,000. PAWE Perlis siap secara  fizikal pada Disember 2013 dan mula beroperasi pada 1 Jun 2014.

PAWE bertujuan memberi kemudahan kepada warga emas menjalankan aktiviti terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ahli keluarga keluar bekerja. Melalui PAWE, mereka dapat terus tinggal bersama keluarga atau penjaga dan dapat mengisi masa lapang serta menghindari kesunyian.

Selain itu, warga emas akan dapat berdikari, berinteraksi, menjalankan aktiviti bersama komuniti setempat, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta dapat menyumbang khidmat kepada masyarakat. Masyarakat juga digalakkan untuk menyumbang dan melibatkan diri secara aktif agar program yang dijalankan di PAWE ini dapat mencerminkan penglibatan meyeluruh semua pihak dalam menjamin kebajikan dan kesejahteraan golongan warga emas.

PAWE menyasarkan warga emas warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira kaum, agama dan jantina. Mereka juga perlu sihat dan dapat menguruskan diri sendiri. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan tiada had tempoh keahlian. PAWE Perlis beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Zumal. Jika tidak keberatan silalah berkunjung ke link penaja blog ini DI SINI serta DI SINI.

Comments

  1. Alhamdullilah. At least warga emas ada aktiviti nak dibuat kan? hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah pagi isnin Zu Mal....syukur Allahamdulillah dapat juga warga emas buat berbagai aktiviti...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam, betul tu Scha dan Diana... Nanti takde la dorang boring kat umah ^_^

    ReplyDelete
  4. gembira warga emas dpt join aktiviti mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. program & aktiviti yg sungguh bermanfaat. T kasih atas perkongsian maklumat ini Zumal.

    ReplyDelete
  6. Semoga program tersebut berjaya dimanfaatkn sepenuhnya...

    ReplyDelete
  7. zizie teringin nak join kerja amal mcm ni.. tapi, belum berpeluang lagi.. bilalah agaknya.. huhu..

    ReplyDelete
  8. zizie teringin nak join kerja amal mcm ni.. tapi, belum berpeluang lagi.. bilalah agaknya.. huhu..

    ReplyDelete
  9. Secara kebetulan je Zizie, kalau bukan sebab zumal kerja JKM siapa la nak ajak zumal ke program camni ^_^

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah ..seronok jugak bila adakan aktiviti mcm ni utk warga emas..mereka pon pasti suka ..

    ReplyDelete
  11. Betul tu Lya, program ni buat dorang hilang rasa sunyi ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts