TAKLIMAT KHAS SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Pagi ini di Perlis cuaca agak dingin sekali. Maklum la hujan sejak pukul 6.00 pagi tadi. Sekarang zumal sedang mendengar taklimat SPA di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis dengan beberapa orang rakan sekerja. Bukan kami sahaja tetapi untuk semua pekerja berstatus kontrak dan sambilan di Negeri Perlis ini. Ofis zumal hantar 5 orang termasuk zumal untuk mendengar taklimat ini.

Pada pukul 8.00 tadi pendaftaran dan kemudian sarapan. Lebih kurang 9.30 pagi baru taklimat dimulakan. Taklimat dimulakan dengan pengenalan SPA kemudian tips untuk mengisi permohonan online SPA. Bagi zumal semua perkara yang sudah jadi kebiasaan dan semua orang tahu. Cuma yang penting zumal rasa status pekerjaan korang sekarang kena letak kontrak walaupun anda seorang staf sambilan kerana mereka lebih utamakan status kontrak itu kerana status itu menunjukkan korang still dalam bekerja. 

Sekarang sedang dikongsikan tentang peperiksaan online SPA. Mengikut pegawai SPA yang memberi taklimat peperiksaan adalah yang paling selamat. 

Awalnya, semua peserta yang mendengar taklimat kurang aktif, bila dah masuk jam kedua nie dorang dah terlebih aktif keluar masuk dewan. Mungkin dah boring. Zumal mengharapkan sesi soal jawab pada pukul 11.00 pagi nanti lebih baik. Sesi taklimat akan tamat pada pukul 12.00. Kemudian ada jamuan makan tengah hari selapas tu bersurai.

Zumal nak terus mendengar yer. Ok semua. Sekian setakat ini perkongsian zumal. Terima kasih.

Comments

  1. Hehehe camtu la bila dah boring kan ..sekejap keluar sekejap masuk hahhaha

    ReplyDelete
  2. Hehe... Tu la. Tak sampai juga matlamat taklimat tu

    ReplyDelete
  3. taklimat tu utk mberi info..yg bosan blh blk umh..hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau indoor mmg camtu lah gayanye,kalau menguap jgn cerita la....^_^

    ReplyDelete
  5. selamat mendengar ;) ke da abes ni?haha

    ReplyDelete
  6. Da abes Nadyya... Sebenarnya pukul 12 zumal dah sampai ofis zumal dari tempat taklimat tu ^_^

    ReplyDelete
  7. kontrak blh dpt kekal tapi kena ikut prcedur lah ...

    ReplyDelete
  8. Ramai yg daftar spa bertahun2 x dpt panggilan kerana x melepasi tapisan permohonan

    ReplyDelete
  9. sempat tu update sambil dgr ceramah. sy dah rasa ambik exam online spa. baru je haritu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts