AZAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah buat semua. Hari nie 1 Muharam 1436, tahun baru dan azam baru. Setiap Sabtu dan Ahad ada pasar tani beberapa blok dari rumah zumal. Mulai hari nie zumal berazam nak jalan kaki ke pasar tani. Jimat minyak, dan badan lebih sihat.

Seawal pukul 7.00 pagi, zumal mulakan pergerakan. Rasa nyaman jew sebab suasana berangin dan redup. Laluan pejalan kaki nie ada yang tak sempurna macam sarang monster jew.
Tengok pepohon menyekat laluan. Kalau kat sebelah tepi tu lagi dahsyat la keadaannya. Mungkin kerana bukan kawasan tumpuan.
Bila dah dekat dengan Bulatan Jubli Emas baru keadaan tempat pejalan kaki lebih sempurna dan terjaga. Macam cantik jew.

Dalam 20 minit zumal sampai la ke tapak Pasar Tani Mega Taman Sena Indah. Yang menyedihkan orang berniaga pun belum sampai. Zumal merayau-rayau hingga jam 8.00 pagi baru ada beberapa penjual yang memulakan perniagaan. Zumal beli ubi kayu rebus dan nasi lemak. Feveret tok zumal ubi kayu tu. Kemudian zumal meneruskan perjalanan pulang.
Ubi kayu rebus dengan kelapa parut

Wajah yang tak berapa ceria kan...

Alhamdulillah dalam jam 8.30 pagi zumal dah terpacak depan rumah. Rasa badan lebih segar. Alhamdulillah sesi melaksanakan azam berjaya. Zumal ingat nanti nak cari basikal pula. Boleh pergi kerja dengan basikal. Nak amalkan gaya hidup sihat kononnya... Ok yer semua, berjumpa di lain siaran. Insha Allah...

Comments

  1. ada lagi org jual ubi rebus err...kat cni jgn haraplah.. =D

    ReplyDelete
  2. Salam maal hijrah Zu Mal....sedap tu makan ubi rebus dengan kelapa...

    ReplyDelete
  3. wah, ubi kayu rebus dengan kelapa parut... minum dengan air kopi lak. perghhh..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. arghhh. ubi rebus. sedap tu zumal. hehe.. CN suka cicah dgn sambal ikan bilis. mkn panas2, mmg superb la :D

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah.. moga azam en zumal berhasil.. aminnn...

    ubi kayu sedapnya nak2 makan time hujan2 belah ptg.. perghhh terangkat... hehehee

    ReplyDelete
  7. Bagus ye Zumal jalan kaki ke pasar. Boleh sihat badan kan. saya pun selalu jalan kaki je ke kedai atau ke pasar sebab tak pandai naik motor. hahaha

    ReplyDelete
  8. Salam Maal Hijrah..semoga berjaya dengan azam =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. wah bagusnya azam bru ni.. mcairkn lemak.. hehe

    sdapnyaa ubi kayu :)

    ReplyDelete
  10. Wahh bestnya.. salam Maal Hijrah Zumal.. :)

    ReplyDelete
  11. better macam tu kan? lagi segarrr

    ReplyDelete
  12. rajin noh pi jalan kaki. tapi baguih jugak. exercise secara free. berbasikal kalau memang dah menjadi habit orang2 kat malaysia ni, saya pun teringin nak naik basikal ja kemana-mana. macam orang2 di negara luar.

    ReplyDelete
  13. jalan kaki pg2 ok zumal jgn tengahari. hahaa.

    ReplyDelete
  14. Wahhh bgus2...
    Senaman yang menyihatkan
    Chiayok2 zumal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts