BILA HATI BERBICARA


Drama Bila Hati Berbicara adalah diadaptasikan daripada novel nukilan Antasya Balkis terbitan Buku Prima yang mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang jutawan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia mewar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya  telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania adalah perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnahdan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang terjadi terhadap perkahwinan mereka? Adakah rasa sayang dapat kembali menyatukan Emir dan Tania? Nantikan kisah Bila Hati Berbicara di dalam slot Akasia TV3 setiap Isnin - Khamis pada jam 7.00 malam bermula 28 Oktober ini...

Barisan pelakon: Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Idzham Ismail dan Hanna Aqeela

Drama Slot Akasia Seterusnya...

Comments

  1. Adaptasi novel lagi,...ni ada plot kahwin kontrak/kahwin paksa ke Zumal?

    ReplyDelete
  2. ia jadi trend menerbitkan drama adaptasi novel, kan? CN pun teringin juga nak tulis novel. hehe

    ReplyDelete
  3. menarik . tapi klu 7 mlm , mmg x dpt tgk lah jwbnya ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  4. Salam singgah Jumaat Zu Mal...wahh...macam best jer cerita dia..tak sabar nak tengok ni...

    ReplyDelete
  5. hoho..citer yg sekrang ni pun dah nak abes dah..citer baru la yer..layan je la..hihi..

    ReplyDelete
  6. oh...citer baru yea...thanks Zu Mal tuk info...

    ReplyDelete
  7. dok tgk teaser iklan citer ni kat TV3. mcm ala2 citer korea pon ade gak camera shooting die kat teaser tu.. adaptasi novel sesaje skrg nih =P

    ReplyDelete
  8. Lebihkurang macam cinat 2 darjat lah ni.

    ReplyDelete
  9. Apa yang nak dikira dari darjat kan?
    Tengok agama, itu yang mustahak
    Hehe..beriya pulak komen.
    Cerita je pun:)

    ReplyDelete
  10. rasa mcm baca la novel ni.. mcm xpna . haihh confiuss.. sbb nadyya xsuka bc novel pasal darjat2 nih..hahaha kalau trbeli novel pasal drjat msti xkn bc smpai habes.. n trsimpan je novel tuu dalam rak :p

    ReplyDelete
  11. Antara 2 darjat yer... CN, zumal pun teringin nak tulis novel dari sekolah lagi... Tapi...

    Nadyya, kalau zumal, zumal baca ape jer citer asalkan best. Hehe :)

    ReplyDelete
  12. haha nadyya xleh. nt nadyya sakit hatii .. sooo mmg xleh2 ;p sgt bkenan dgn darjat. hoho

    ReplyDelete
  13. Byk tul cter dari novel sekarang ni kan Zumal

    ReplyDelete
  14. hehe.. sama la kt zumal. dr sekolah berangan2 nak jd novelis. hehe.. terbengkalai draf novel CN. huhu.. 10 tahun terbengkalai :D kalau zumal nak draf novel CN tu, blh je CN bg. hehe...

    ReplyDelete
  15. Tak sempat saya nak tengok ni.. menarik.. :)

    ReplyDelete
  16. kalau ada tv kat apartment, ley la tgk.. kalau tak, memang malas la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts