KETIKA

KETIKA

Ketika
Aku sunyi
Kau hadir bersama angin lembut
Menyapa hati sepi
Tenang aku bersama deruan ombak
Bahagia aku bersama mu

Tapi
Tatkala bahagia itu pudar
Kini
Kau membadai bagai tsunami
Bersama taufan ganas
Bergelombang memusnahkan impian
Aku kau cemari dengan sarap
Dengan sisa yang bisa
Merubah aku
Menjadi kaku

Ketika itu
Aku resah
Rasa hancur hati ini
Pilu menemani diri
Walaupun kau tetap hadir
Tapi ku tahu engkau bukan yang dulu
Tiada apa yang perlu aku harapkan lagi
Dari jauh ku doakan kau bahagia...

Nukilan: Ahmad Zu Mal Md Rayi

Comments

  1. alahai sedihnyaa..
    bila die dah kecewakan kite. bila dia muncul balik ia xkan sama mcm dulu kan :)

    ReplyDelete
  2. alahai sedihnyaa..
    bila die dah kecewakan kite. bila dia muncul balik ia xkan sama mcm dulu kan :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu Nadyya... Semua tak kan sama tapi laut dan pantai tetap bertemu. (Merepek petang ni) hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. yeh. da lama tak pi pantai.. indahnya :)

    ReplyDelete
  5. tsunami datang yea Zu Mal...x apa, nanti sekejap lg okey...bertabahlah...

    ReplyDelete
  6. Nadyya, Ana kali ni ia sekadar puisi. Perkara sebenar pantai tu dah tak pernah jumpa laut lagi. Kini kering kontang... Hehe. Zumal pun dah lama tak pergi pantai. Jom ^_^

    ReplyDelete
  7. hehe sekarang laut air pasang kot.. arituu dnga kat radio ade org meninggal dimakan ombak.. gamaknya duk uma jela.. hihi

    ReplyDelete
  8. Em,musim sekarang ribut sana sini ombak pun kuat

    ReplyDelete
  9. amboiiii2 zumall
    melayan pasaan nampak

    ReplyDelete
  10. ni karang sendiri atau copy paste ni hihihi

    ReplyDelete
  11. ohh..salah ....hasil nukilan kiranya lahir dari hati Zumal...mmg salute arghh..boleh tulis cam gini hihih

    ReplyDelete
  12. JM, zumal tak berani nak copy paste puisi2 nie... Nukilan asli zumal tau ^_^

    ReplyDelete
  13. puitis jugak zumal ni rupanya :)

    ReplyDelete
  14. Pandai zumal ye buat puisi.
    Tiba-tiba teringat puting beliung yang terjadi kat negara kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts