PENUH EMOSI

Credit Google Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sejak kebelakangan ini entri zumal penuh beremosi. Semuanya kerana kerja. Tapi bila tak kerja pasti rasa susah. Kalau kerja pasti rasa sakit. Sakit luaran masih zumal tahan tapi bila sakit hati boleh buat zumal sakit jiwa diri ini. 

Kejap tadi zumal terima panggilan dari rakan sekerja bertanya khabar zumal. Terima kasih buat Kak Rani yang sentiasa ambil berat pada zumal. Zumal masih tak tahu nak beri jawapan. Zumal tahu zumal bukan seorang yang sabar. Selalu zumal akan simpan dan pendam dalam hati tiap sesuatu yang orang kata tapi suatu masa bila dah tak tertampung ia meletus jua kerana ia tak ubah seperti bom jangka.

Sekarang zumal masih mencari jawapan itu. Cuti pun sudah. Mungkin kena ambil angin jauh sikit rasanya. Patutkah zumal terima kerja atau tolak sahaja?

Comments

  1. prgi lah bercuti2...
    hheheheh
    tenangkan dulu kalau blm ade jwp

    ReplyDelete
  2. sabar ye zumal.. minta petunjuk DIA. banyak berdoa dan mungkin pi bercuti jugak boleh hilangkan tekanan tu ok. =)

    ReplyDelete
  3. fikirkan kesan ms dpn bkn ms skrg....

    ReplyDelete
  4. saya tak tahu apa prob bro tp tahu la kat mana2 pun ada masalah. sejauh mna kita lari,masalah ttp ada. Dalam dilema buat la solat sunat,minta petunjuk pastu tanya pada hati kita sendiri. Muhasabah diri. saya cakap senang la sbb bukan saya dlm situasi ni,tp tu la bagi pendapat ja boleh..semoga bertabah okay..! :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas semua pandangan dan nasihat rakan2 semua. ^_^

    ReplyDelete
  6. salams Zumal,

    Solat istiharah, pasti zumal akan menerima jawapan terbaik dariNYA.

    take care, jgn susah hati. hidup memang penuh dugaan dan cabaran...:)

    ReplyDelete
  7. tenangkan diri zumal...jangan bertindak terburu2...dekatkan diri padaNya...insya Allah, moga Dia akan memberikan jawapan yang terbaik untuk zumal...

    ReplyDelete
  8. alahai.. kite spesen.. di pendam2.. n akhirnya meletusss ..huhu memang trdiam ar semua ;p
    tenangkan diri.. bercuti la.. xpon pegi laa pantaii.. pegi pantai tempat paling menenangkan :D

    ReplyDelete
  9. Pegi pantai yer Nadyya... Insha Allah zumal pertimbangkan ^_^

    ReplyDelete
  10. cuba solat istikharoh utk mencari jawapan ...

    ReplyDelete
  11. Betul kata Vee tu Zumal.. buatlah solat istikharah & ikut kata hati nurani kita. In shaa Allah... tindakan yg sebaiknya pasti akan diperolehi.. Semoga sentiasa tabah Zumal.

    ReplyDelete
  12. Solat Isthikharah, Zumal.
    Insyaallah dapat petunjuk.
    Tak semestinye dari mimpi.

    ReplyDelete
  13. cuba buat solat isthikoroh tu..Allah lebih mengetahui mana yg baik

    ReplyDelete
  14. betul kata akak2 kat atas. solat istikharah. itu yang terbaik... kalau dipendam lama sangat pun x elok.

    ReplyDelete
  15. bertabahlah bro. lakukan istikharah untuk pilihan yg terbaik. inshaAllah, Allah bantu

    ReplyDelete
  16. sikap zumal sama macam saya. suka pendam bila marah. saya selalu doa supaya zumal jadi blogger sepenuh masa dan dapat buit duit melalui blog. amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts