RESAH

Bulatan Jubli Emas 

Resah

Pabila rintik hujan 
Kian jadi kasar
Saat itu aku resah
Saat itu terkenang peristiwa
Yang lalu mungkin berulang

Pabila saban hari
Dihujani air dari langit
Saat itu aku gelisah
Aku takut
Peristiwa itu kembali
Kembali menakluki bumi ini
Tenggelam

Aku resah
Jika kau hadir
Bukan pernah kupinta
Banjir melanda
Kerana ia 
Sukar bagiku
Bagi semua

Ya Allah
Lindungilah kami
Dari bencana itu
Kami tak sanggup
Ia kembali lagi 

Semoga 
Doa kami
Makbul olehMu
Amin...

Comments

  1. ingatkan apa yang resah tadi.. hihi

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT SAMA2 KITA BERDOA AGAR ALLAH MNGHINDARKAN KITA DRPD MUSIBAHH YG XDIINGINI..

    ReplyDelete
  3. salam jumaat, ziana singgah :)

    ReplyDelete
  4. pagi pagi da puisi ekk..hehe
    semoga dilindungi olehNYA :)

    ReplyDelete
  5. mengapa?? perlis dah start banjir ke??

    ReplyDelete
  6. Gambar 2011 tu... Kat Chuping jew banjir sekarang maybe dah surut.

    ReplyDelete
  7. amboi2 zumall
    bermadah2 plak yeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts