Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha buat semua. Dalam sedar atau tidak esok adalah 10 Zulhijah. Kita lebih maklum sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Hari Raya Aidiladha adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menurut perintah Allah. Oleh yang demikian kita juga dituntut untuk melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha ini.

Sehubungan itu zumal sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita sentiasa dalam keredhaan Allah.


Comments

Post a Comment

Popular Posts