MACAM ADA YANG TAK KENA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa zumal keluar mendapatkan panadol tambahan tadi. Zumal tengok ramai pembekal yang datang ke kedai runcit di taman perumahan zumal.
Pembekal rokok menerangkan harga rokok baru yang bakal berkuat kuasa besok. Harga rokok akan naik RM1.50. Zumal tak tak kisah la berapa pun harga rokok naik sebab zumal tak merokok.
Sorang pembekal lagi bagi harga baru ubat gigi dan berus gigi jenama C yang terkenal tu. Untuk pengetahuan korang harga produk C tu akan naik antara 50 sen hingga 70 sen setiap produk. Fuh tak berus gigi la nanti.
Kenapakah harga barang makin naik? Adakah ini bahana GST? Adakah bila kerajaan umum GST berjalan nanti korang nak turunkan harga bagi nampak macam bila GST dikuatkuasa ada barang 'turun' harga. Pada zumal itu bukan 'turun' tapi hanya permainan untuk mengaburi mata pengguna.
Macam ada yang tak kena kan? Kita tengok saja la apakah yang bakal berlaku pada April 2015 nanti. Tata titi tutu...
memang macam ada sesuatu yang tak kena kat situ tapi betul kot kata zumal... ni semua pasal GST la ni.
ReplyDeleteIsk bukan gst tu tahun depan baru berkuat kuasa kan zumal..hihi
ReplyDeletesaya pun x kesah harga rokok naik.. tpi kalau barang yang lain naik.. banyak susah ohh
ReplyDeletesampai bebila pun anti-kerajaan walaupun dapat brim... enough said... dah semakin zalim...
ReplyDeletebeli ubat gigi jenama termurah sudah. ^^
ReplyDeleteSkg pon de gak brg diorg dh turun hrga coz nti bila gst mula nmpk mcm hrga xnaik..cth ron97..hrtu dia turun hrga..coz nti nk caj gst akan blik semula ke hrga sblum turun..(-_-)
ReplyDeletemcm tu lah nampaknya ... mungkin sbb bonus utk org gomen kot ... ermmm
ReplyDeletePara pembekal tu nak mengaburi mata gomen dan rakyat kan...
ReplyDeleteRasanye bkn utk bonus gomen jer..utk semua perbelanjaan operasi kerajaan..
ReplyDeletemmg dah lama pon ada 'sesuatu'.
ReplyDeletesaja nk kaburkan mata rakyat lettew =P
Teruklah kalau mcm ni
ReplyDeleteIshhh...semua nak naik.
ReplyDeleteGaji naik tak?
Mmg pakat x gosok gigi lah lepas ni.
ReplyDeleteKesan berantai.. apa pun, harga mmg akan naik juga hhmmm...
ReplyDeletekalau ubat gigi naik, pakat cari arang la pasni untuk gosok gigi...
ReplyDeleteYang jadi mangsa, kita la sebagai pengguna.
ReplyDeleteYang kaya semakin kaya
Yang miskin bertambah miskin
guna kayu sugi jela pasni. sunnah nabi :)
ReplyDelete