MACAM ADA YANG TAK KENA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa zumal keluar mendapatkan panadol tambahan tadi. Zumal tengok ramai pembekal yang datang ke kedai runcit di taman perumahan zumal. 

Pembekal rokok menerangkan harga rokok baru yang bakal berkuat kuasa besok. Harga rokok akan naik RM1.50. Zumal tak tak kisah la berapa pun harga rokok naik sebab zumal tak merokok.

Sorang pembekal lagi bagi harga baru ubat gigi dan berus gigi jenama C yang terkenal tu. Untuk pengetahuan korang harga produk C tu akan naik antara 50 sen hingga 70 sen setiap produk. Fuh tak berus gigi la nanti. 

Kenapakah harga barang makin naik? Adakah ini bahana GST? Adakah bila kerajaan umum GST berjalan nanti korang nak turunkan harga bagi nampak macam bila GST dikuatkuasa ada barang 'turun' harga. Pada zumal itu bukan 'turun' tapi hanya permainan untuk mengaburi mata pengguna. 

Macam ada yang tak kena kan? Kita tengok saja la apakah yang bakal berlaku pada April 2015 nanti. Tata titi tutu...

Comments

  1. memang macam ada sesuatu yang tak kena kat situ tapi betul kot kata zumal... ni semua pasal GST la ni.

    ReplyDelete
  2. Isk bukan gst tu tahun depan baru berkuat kuasa kan zumal..hihi

    ReplyDelete
  3. saya pun x kesah harga rokok naik.. tpi kalau barang yang lain naik.. banyak susah ohh

    ReplyDelete
  4. sampai bebila pun anti-kerajaan walaupun dapat brim... enough said... dah semakin zalim...

    ReplyDelete
  5. beli ubat gigi jenama termurah sudah. ^^

    ReplyDelete
  6. Skg pon de gak brg diorg dh turun hrga coz nti bila gst mula nmpk mcm hrga xnaik..cth ron97..hrtu dia turun hrga..coz nti nk caj gst akan blik semula ke hrga sblum turun..(-_-)

    ReplyDelete
  7. mcm tu lah nampaknya ... mungkin sbb bonus utk org gomen kot ... ermmm

    ReplyDelete
  8. Para pembekal tu nak mengaburi mata gomen dan rakyat kan...

    ReplyDelete
  9. Rasanye bkn utk bonus gomen jer..utk semua perbelanjaan operasi kerajaan..

    ReplyDelete
  10. mmg dah lama pon ada 'sesuatu'.
    saja nk kaburkan mata rakyat lettew =P

    ReplyDelete
  11. Kesan berantai.. apa pun, harga mmg akan naik juga hhmmm...

    ReplyDelete
  12. kalau ubat gigi naik, pakat cari arang la pasni untuk gosok gigi...

    ReplyDelete
  13. Yang jadi mangsa, kita la sebagai pengguna.
    Yang kaya semakin kaya
    Yang miskin bertambah miskin

    ReplyDelete
  14. guna kayu sugi jela pasni. sunnah nabi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts