PSSS... PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa punya Teh, cakap zumal gila pulak. Nak tau zumal gila ke tak jom teruskan membaca...

PTPTN. Siap la korang, mulai Januari 2015 peminjam degil akan disenarai hitam. Sebabnya PTPTN dah kurang peruntukan untuk tampung keperluan peminjam baru sehingga perlu kurangkan sebanyak 5% pinjaman daripada peminjam-peminjam sebelum ini. Pinjam tahu bayar tak tahu ke? 

PTPTN perlu kaji semula pemberian biasiswa atau menukar status pinjam kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran dalam kelas pertama. Kenapa zumal kata begitu? Teh kata tuan aku jeles sebab dia tak dapat first class. Eh diam la Teh... Sebabnya pelajar yang dapat first class nie confirm dapat kerja baguih dan boleh dapat biasiswa lain. Dorang confirm berjaya dalam kerja. Dorang mampu sangat untuk bayar. Orang lain yang dapat second and third class tu yang akan terumbang-ambing dalam pasaran kerja. Maybe ada yang tak cukup makan pun sebab terlalu susah. Maybe jew tau. Just pandangan zumal.

Sekarang kita tengok pasal perubatan di hospital kerajaan. Kalau korang bukan kerja kerajaan atau tak kerja la korang nak masuk wad korang tak dapat bagi GL. Kerana tak ada GL korang kena bayar  RM30 untuk deposit nak masuk wad. Bayangkan kalau orang tu gelandangan. Macam mana dia bayar? Lagi satu kalau korang sakit macam kencing manis, darah tinggi dll yang memerlukan korang sentiasa pergi hospital. Orang bukan kerja kerajaan untuk first time pergi kena caj RM30, untuk ulangan tu kena bayar RM5. Adil tak? 

Bagi zumal orang yang kerja patut la bayar perubatan. Sebab dorang mampu. Hanya rawatan bukan pakar je RM1 iaitu kat Klinik Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia. Tapi tak pakar la untuk sakit demam biasa jer. 

Zumal bukan la hadir untuk membangkang tapi hanya untuk menzahirkan pendapat tulus dari hati suci murni gitu. Kepada yang baca jangan la marah yer. Tata titi tutu...

Comments

  1. hmm..nasib badan..x pinjam x ada duit pula nak masuk U...hehehe...layan kan aje lah..ermm.. =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. betullah . sepatutnya mrk yg berduit yg kena byr kan ... ermmm

    ReplyDelete
  3. erm betul juga tu kan...yang senang semakin senang, yang susah bertambah2 susah..hmm

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... belajar takat spm... so takde beban ptptn... hihi

    sha treatment hemodialisis = RM 13/sehari ... hoho...

    ReplyDelete
  5. 2 anak akak dapat Ptptn..hmmm...pening kepala mak ayah dok pikir..

    ReplyDelete
  6. Salam singgah pagi Zu Mal....Diana lagi tak ada buat pinjaman ptptn sbb belajar sampai setakat SPM jer...hehe....

    ReplyDelete
  7. PTPTN ni sebenarnya kalau kerajaan nak orang bayar cepat, tak payah ada faedah. cukup kerajaan suruh bayar setakat mana yang mereka pinjam je. bila ada faedah, tu yang ramai orang tak bayar sebab mahal sangat.

    ReplyDelete
  8. ops nasib saya masih terlalu muda... xdelah pinjam ptptn hehe

    ReplyDelete
  9. yang belum dapat kerja pun nak di blacklist jugak ka. adoii

    ReplyDelete
  10. Nasib baik waktu belajar dulu tak buat pinjaman PTPTN..tapi kalau kalau x pinjam mmg agak susah nak sambung belajar..sedih kan bila dalam situasi begini

    ReplyDelete
  11. Teruk kan? Dah berapa tahun kerja pun takmo langsaikan hutang.
    Kesian kat yang memerlukan, especially orang susah.

    ReplyDelete
  12. Saya siap terlebih bayar.
    Baru ni dapat surat tuntut lebihan bayaran dari ptptn..
    Tapi, entah mana pi surat tu:(

    ReplyDelete
  13. yup, patut yg dah ada wang untuk bayar, bayar la apa susah. bukan suruh bayar habis terus. bayar la sikit2 kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts