Salahkah?


Ikhlas
Aku  memang ikhlas dalam tugasku
Ada sebab yang jadikan
Ia sukar
Kerana
Yang aku lakukan adalah tugas kau
Kau diagungkan
Kau mendapat nama
Atas jerih perih orang lain
Yang dapat hasil adalah kau
Yang berbayar adalah kau
Tapi semua hasil usaha orang lain yang lakukan  tanpa rela
Luar dari tanggungan ku...

Salahkah aku?
Salahkah aku membela diri sendiri?
Yang sering dipergunakan

Aku rasa
Biarlah aku dengan dunia ku
Dengan dunia ini
Dunia internet
Dunia blog
Bukan di dunia kau
Kerana banyak menyakitkan aku
Dan orang lain juga

Tapi
Kau tetap gah
Juara dalam dunia mu
Diagung
Dibangga
Atas usaha orang lain
Penuh
Tindasan
Tanpa mereka sedar...

Salahkah aku?
Gilakah aku?


Tok: Mal, mangkit oii hari dah senja...
Zumal: (tersedar) mimpi apakah yang aku lalui tadi?

Mangkit: bangun 

Comments

  1. Amboi, Zumal! Tidur petang boleh dapat ilham buat sajak macam ni...hebat!
    Kalau akak tidur petang, mamai tak kenal dunia dah... :)

    ReplyDelete
  2. banyakkn brsabar.. one day org akantahu jgk sape yang bnyk brjasa... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Bila kita lillahitaala..insyaAllah lambat macam mana pun..kemanisannya akan dapat dinikmati..amin..sabar ye..

    ReplyDelete
  4. Bykkn bersabar zumall..
    allah makbulkan doa hambanye yg teraniaya...
    skg sume dibayar cash...

    ReplyDelete
  5. Dunia ni mcm tulah adakalanya.. Tp berdasarkan pengalaman, org mcm tu takkan lama dpt maju dlm kerjayanya... percayalah...

    ReplyDelete
  6. dunia ni kadang kadang tak adil untuk kita. kita yang penat penat buat kerja orang, orang yang dapat nama.

    ReplyDelete
  7. takpa zumal. teruskan mangkit.haha. mungkin orang tak nampak tapi Allah nampak. ^^

    ReplyDelete
  8. bangkit?..ingat kuih bangkit hihihih

    ReplyDelete
  9. Siapa yang gunakan zumal?
    Jangan ikutlah zumal.
    Lawan sikit.
    Fikirkan reverse psychology.

    ReplyDelete
  10. manusia apabila diatas, dia mula lupa. Allah bersama orang yang sabar :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts