TETIBA

Semalam. Tetiba suasana menjadi kelam. Awan bagai membawa satu petanda. Berarak menyelubungi segenap langit. Keadaan tetiba sunyi. Sepi. Bagai sesuatu bakal berlaku atau telah pun berlaku.

Tetiba, terlihat kelibat susuk tubuh gelap melintasi jendela. Meremang bulu roma ini. Tetiba tubuh menjadi seram sejuk. Adakah demam melanda? Adakah sedang bermimpi? Ke mana perginya mereka semua? Terasa amat gerun. Sendirian. Kaku. Berpeluk tubuh. 

********************************

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tetiba jew. Tak ada apa-apa mengenai perenggan-perenggan kat atas tu. Sekadar menguji skill jew. Lagi satu sebabnya zumal tak tahu nak share ape. Mulanya zumal ingat nak memasak hujung minggu nie tapi tak kesampaian disebabkan fikiran perlu berehat sepenuhnya kerana minggu lalu penuh sarat dengan perkara yang amat rumit. 

Esok. Zumal harap esok bermula episod ceria. Lagi pun zumal dah tak perlu ganti orang lagi kat ofis. Lebat ganti orang nie. Sebab kita kena buat pelbagai kerja. Banyak tanggungjawab. Harapan esok hari yang baik. Juga harapan agar dapat kerja penuh dalam bulan November ini. Insha Allah...

Comments

  1. semoga semuanya dipermudahkan
    saspen jer awal cerita tu

    ReplyDelete
  2. gaya permulaan dah mcm cerpen seram dah. hahah

    ReplyDelete
  3. Hehe... Macam cerpen yer Nadyya ^_^

    ReplyDelete
  4. zumal boleh jadi penulis cerpen thriller yang baik. cuba la tulis satu cerpen zumal. mesti ramai orang nak baca lebih lebih lagi saya. hehehe

    ReplyDelete
  5. Zumal ni..buat suspen je.
    Ingatkan jumpa hantu tadi.

    ReplyDelete
  6. Saya pun penat sangat minggu ni sebab separuh hari menempek kat Wisma.Persekutuan, Seremban, N9 sebab urusan passport & IC.

    ReplyDelete
  7. ishh..saspen je tau..TETIBA sis JM meremang bulu roma baca perenggan pertama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts